Tuesday, July 9, 2024

UEM Edgenta Berhad ditampilkan dalam terbitan julung kali Fortune Asia Tenggara 500

UEM Edgenta Berhad (UEM Edgenta) berbesar hati mengumumkan  penyenaraiannya di dalam terbitan julung kali Fortune Asia Tenggara 500, sekaligus menonjolkan pertumbuhan  dan sumbangan ketara syarikat di rantau ini.

Diiktiraf di kalangan syarikat terbesar di rantau ini berdasarkan  hasil, pencapaian ini mencerminkan prestasi pertumbuhan kukuh serta kehadiran serantau kami. Senarai ini  menampilkan syarikat terbesar dari tujuh buah negara Asia Tenggara mengikut hasil bagi tahun fiskal 2023 dan mengakui rantau itu sebagai salah satu kawasan yang paling dinamik dan berkembang pesat dalam ekonomi  global.

Julat pendapatan minimum untuk disenaraikan adalah AS$460.8 juta. Senarai itu turut menampilkan syarikat  dari enam negara Asia Tenggara lain Bersama-sama Malaysia: Indonesia, Thailand, Singapura, Vietnam,  Filipina dan Kemboja. Indonesia mendahului dengan 110 syarikat, diikuti oleh Thailand dengan 107, Malaysia  dengan 89 dan Singapura dengan 84. Vietnam merupakan tuan rumah kepada 70 syarikat, manakala Filipina  dan Kemboja masing-masing mempunyai 38 dan dua syarikat di dalam senarai tersebut.

Di dalam kategori industri Perkhidmatan Penyumberan Luar Terpelbagai (Diversified Outsourcing Services),  UEM Edgenta merupakan salah satu daripada lima syarikat di rantau ini yang berjaya disenaraikan. Di antara  89 syarikat Malaysia, UEM Edgenta menduduki tempat ke-65 berdasarkan hasil, tempat ke-72 dan ke-74  masing-masing berdasarkan aset dan keuntungan.

Dengan penyenaraiannya di dalam senarai Fortune  Southeast Asia 500, UEM Edgenta kini telah menyertai kumpulan elit organisasi yang diiktiraf di bawah francais  Fortune 500, yang merangkumi Fortune 500, Fortune Global 500, Fortune Europe 500 dan Fortune China 500.

“Kami amat berbangga menjadi sebahagian daripada senarai julung kali Fortune Asia Tenggara 500.  Pengiktirafan ini merupakan pengesahan penting kedudukan kami sebagai peneraju pengurusan aset serantau  dan pemain penyelesaian infrastruktur. Kejayaan pelaksanaan strategi pertumbuhan serantau kami  berpaksikan kepada kualiti dan penyampaian perkhidmatan kami yang diiktiraf di peringkat global, dilengkapi  dengan pendekatan pelaburan yang berdisiplin melalui strategi pelbagai-rakan kongsi.

Pencapaian ini  menekankan komitmen kami bagi menyampaikan nilai jangka panjang untuk pemegang saham kami sekaligus mengukuhkan kedudukan kami sebagai peneraju dalam industri,” kata Syahrunizam Samsudin, Pengarah  Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif UEM Edgenta.

Untuk maklumat lanjut tentang UEM Edgenta, layari https://www.uemedgenta.com. – REFLEKS!