Tuesday, July 9, 2024

Honda Malaysia lancar City Hatchback Facelift

HONDA MALAYSIA memperkenalkan City Hatchback pada penghujung 2021. Seiring dengan kitaran produk, sudah tiba masanya pengganti Honda Jazz itu dinaiktaraf.

City Hatchback Facelift pasaran tempatan ditawarkan dengan lima pilihan varian iaitu:

  • e:HEV RS : RM112,900
  • Petrol RS : RM100,900
  • V : RM95,900
  • E : RM90,900
  • S : RM85,900

Tawaran V Sensing sebelumnya digantikan dengan petrol RS manakala e:HEV RS hibrid masih kekal menjadi varian tertinggi di samping tiga pilihan petrol S, E dan V.

Varian terendah S mengalami kenaikan sekitar RM7,000 berbanding awal pengenalan yang ditawarkan pada RM78,900 manakala varian lain mengalami kenaikan sekitar RM4,000.

NAIKTARAF

Daripada segi perubahan, City Hatchback facelift ini menerima kemas kini minor pada penampilan luaran antaranya :

  • Bar krom lebih nipis pada bahagian atas hujung depan
  • Gril lebih besar dengan rekaan jaring baharu
  • Rekaan semula bampar depan dengan aksen berbeza pada RS dan varian petrol
  • Versi RS menerima kemasan pada lampu kabus dan gril honeycomb pada intake bawah
  • Di belakang, varian tanpa lencana RS didatangkan dengan apron bawah hitam
  • RS menerima diffuser lebih sporty, perumah cermin sisi hitam dan lencana RS
  • Varian S dan E menerima rim 15-inci dengan tayar bersaiz 185/60
  • V and RS pula didatangkan dengan rim 16-inci Berlina Black dengan tayar 185/55

Dimensinya pula adalah panjang 4,350mm long (+1 mm), lebar 1,748mm dan tinggi 1,488mm (+18mm). Manakala RS lebih panjang 4,369mm.

Kabin City Hatchback RS didatangkan dengan panel papan pemuka berwarna merah dan kerusi combi kulit dengan jahitan benang merah sebagai kontra.

Kedua varian RS didatangkan dengan skrin infotainmen 8-inci bersama ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar dan kluster meter 7-inci.

JANAKUASA KEKAL SAMA

Tiada perubahan pada mekanikal yang mana RS menggunakan rangkaian kuasa 1.5 liter e:HEV dilengkapi dengan sistem hibrid yang menghasilkan 107hp dengan tork setinggi 253 Nm.

Varian lain pula dijana enjin 1.5 liter aspirasi natural (NA) empat-silinder sebaris DOHC i-VTEC yang menyalurkan 119hp dengan tork setinggi 145Nm bersama transmisi CVT.

CIRI KESELAMATAN

Kini kesemua varian didatangkan standard dengan Honda Sensing termasuk Lead Car Departure Notification (LCDN) di samping :

  • Low Speed Follow (LSF) – hanya untuk e:HEV RS
  • Adaptive Cruise Control (ACC)
  • Forward Collision Warning (FCW)
  • Collision Mitigation Braking System (CMBS)
  • Lane Keep Assist System (LKAS)
  • Road Departure Mitigation (RDM)
  • Lane Departure Warning (LDW)
  • Auto High Beam (AHB)

Selain itu, kesemua varian didatangkan dengan enam beg udara dan ciri Walk Away Auto Lock. Kamera undur pelbagai sudut dengan resolusi tinggi ditawarkan pada semua varian (kecuali S).

 

Kredit: Motoqar

Baca ini > Honda Civic E-HEV RS Hybrid named overall 2023 Malaysia Car of The Year