Tuesday, July 9, 2024

Huawei Pura 70 Ultra Kini Ditawarkan Dalam Pilihan 16GB RAM + 1TB Storan Pada Harga RM7199

Huawei sedia melancarkan telefon mercu terbaru mereka, Huawei Pura 70 untuk pasaran tempatan. Menambah kepada penawaran sedia ada, kini gergasi dari China berkenaan turut membawa masuk variasi dengan penawaran 1TB storan untuk pengguna tempatan.

Model Huawei Pura 70 Ultra kini ditawarkan dalam pilihan memori 16GB RAM dan juga storan 1TB, pada harga RM7199. Model ini hadir dengan pilihan warna hijau dan hitam. Selari pengenalan model variasi baru ini, Huawei menawarkan Huawei FreeBuds Pro 3 atas sebarang pembelian.

Huawei Pura 70 Ultra hadir dengan skrin bersaiz 6.8-inci OLED LTPO dengan kadar segar semula 120Hz, menggunakan bateri 5200Mah dengan pengecasan 100W, kamera utama 50-megapixel 1-inci dibelakang, dan turut hadir dengan sokongan kalir-air IP68. Huawei memfokuskan kepada sokongan kamera melalui peranti ini, selain turut memberikan pengalamn premium melaluinya.

Selain Huawei Pura 70 Ultra, Huawei turut menyediakan dua lagi variasi penawaran, iaitu Huawei Pura 70 pada harga RM3699, dan Huawei Pura 70 Pro pada harga RM4899.

Sourceamanz