Monday, July 8, 2024

Jenazah pendaki Malaysia diterbangkan pulang dari Alaska, tiba di tanah air Sabtu ini

JENAZAH pendaki Malaysia, Allahyarham Zulkifli Yusof yang meninggal dunia ketika menyertai ekspedisi pendakian di Gunung Denali, di sini, telah diterbangkan pulang ke tanah air pada hari ini, pukul 7.15 pagi tadi waktu Malaysia.

Jenazah yang kini ditempatkan di rumah mayat di Anchorage, Alaska, akan diterbangkan melalui penerbangan transit di Los Angeles, Amerika Syarikat dan Incheon, Korea Selatan.

“Menurut jadual, jenazah dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang pada 15 Jun 2024 pukul 8.55 pagi melalui penerbangan Korean Airlines,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jenazah seterusnya akan dibawa ke Masjid Al Mahmudiah Kampung Temerlok, Trong, Taiping, Perak sejurus tiba di tanah air.

Katanya, Allahyarham Zulkifli Yusof juga dijangka akan dikebumikan selepas solat Zohor.

“Pihak Kelab Jelajah Alpine Malaysia mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Konsulat General Malaysia di Los Angeles yang telah membantu menguruskan kepulangan Allahyarham Zulkifli Yusof.

“Sokongan dan bantuan yang diberikan amat dihargai oleh keluarga serta ahli kelab,” tambahnya lagi. – REFELKS!

Baca ini > Pendaki Malaysia maut ketika mendaki puncak tertinggi di Alaska