Friday, May 17, 2024

Rezeki Ujibakat, Karier Bersama The Difference Satu Pengembaraan – Serina

Siapa sangka pada usia 38 tahun, Serina yang berketurunan Johor-Sarawak berpeluang untuk menjadi penyanyi dalam kumpulan The Difference.

Baginya, ia adalah satu peluang yang berharga dan tidak boleh disia-siakan kerana The Difference akan merentasi perjalanan industri muzik tanah air.

“Saya anggap karier saya bersama The Difference satu pengembaraan. Saya tak sabar untuk belajar menari dan sebagainya selepas ini.

“Memang seronok. Kalau saya terlepas peluang untuk sertai ujibakat yang dilakukan tempoh hari, saya mungkin takkan berada di sini,” katanya.

Baca Juga > The Difference Tampilkan Kelainan-Pop (Ke-Pop) Bagi Industri Muzik Malaysia

Serina berkata demikian ketika ditemubual Refleks.my di studio S-Ruang, Diamond Square semasa sesi fotografi Aidilfitri.

Selain bergelar vokalis wanita dalam kumpulan The Difference, Serina turut mempunyai perniagaan sendiri yang telah diusahakan sejak lima tahun lalu.

“Wanita harus punyai fasa kestabilan yang tersendiri. Macam saya, perniagaan menjadi pilihan kerana ia membuatkan saya sentiasa dalam mood bersedia.

“Saya juga melibatkan diri dalam bidang lakonan agar sentiasa relevan sekali gus membolehkan saya terus belajar banyak perkara baharu,” katanya. – Refleks.my

Ingin tonton video lagu Jom Raya Bersamaku? Klik pautan di bawah!

________________________________________________________

Iklan: Ingin terbitkan artikel / hebahan / program di Refleks.my? Hubungi Akyem Samad untuk dapatkan sebut harga di talian 011-17117086 (Whatsapp)!