Tuesday, July 9, 2024

Justin Bieber dan isteri biadap perlekeh ibadah puasa

SEPOPULAR mana sekalipun dan sehebat mana nama Justin Bieber di ceruk dunia, kalau sikap bodoh dan bebal yang ada dalam dirinya tidak harus mendapat sanjungan peminat.

Bieber dan isterinya, Hailey mungkin tidak memahami ibadah berpuasa di bulan Ramadan seperti mana yang dituntut dalam agama Islam.

Justin dan Hailey menghina ibadah puasa dalam satu temu bual melalui live

Namin itu tidak bermakna, pasangan bebal ini tidak sensitif dan boleh mengutuk amalam agama lain.

Oleh itu, tiada apa-apa yang mengejutkan jika pasangan Bieber ini mendapat kecaman teruk daripada warganet.

Menerusi satu rakaman video yang sedang tular di media sosial, pasangan Bieber ini membincangkan tentang isu berpuasa.

Kedua-duanya sependapat, berpuasa adalah perkara yang tidak masuk akal.

Tidak perlu si penyanyi ini menyatakan bahawa dia tidak pernah berpuasa kerana dia bukan beragama Islam.

Lojiknya di situ tetapi itu tidak bermakna, dia bebas untuk mengutuk amalan umat Islam dan di atas sikap ketidak prihatinannya, ia turut mencerminkan betapa dangkal pengetahuan am.
Bieber sebenarnya tidak memandang dan hormat peminat beragama Islam dan rasanya sudah tiba masanya, kalangan peminat beragama Islam menghentikan sahaja mengidolakan penyanyi ini.

Sementara isterinya pula, seorang model, eloklah kalau produk yang memaparkan mukanya, tidak diberikan sambutan. –