Tuesday, July 9, 2024

Kecantikan Sanjna Suri Curi Tumpuan, Pikat Perhatian Jejaka Pelbagai Bangsa

Melihat penampilan Sanjna Suri dalam trailer filem Pulau, ramai jejaka pelbagai bangsa jatuh cinta akan gadis jelita berketurunan India ini.

Lebih-lebih lagi, Sanjna sememangnya dikenali sebagai seorang model dan sering mendapat tempat teratas sekiranya menyertai pertandingan ratu cantik.

Berdasarkan sumber terbuka, Sanjna dilahirkan pada 31 Mac 1993 di Ipoh, Perak dan mula meraih populariti apabila dinobatkan sebagai Miss Intercontinental Malaysia (2017).

Sanjna Suri