Tuesday, July 9, 2024

Kemenangan bergaya buat netizen, akhirnya corak Olimpik Malaysia ditukar

SELEPAS menerima kecaman yang terus oleh netizen akhirnya Majlis Olimpik Malaysia bertukar corak dan gaya dengan memilih corak yang lebih garang demi kontinjen negara yang akan beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024.

Berlatarbelakangkan warna hitam dengan belang Harimau bewarna kuning yang lebih jelas coraknya dan besar di bahagian hadapan dan juga belakang jaket.

Perubahan itu dimaklumkan oleh Tan Sri Mohamad Norza Zakaria selepas menerima maklum balas dari orang berhubung rekaan sebelum ini yang dilihat tidak menyerlah.

“Rekaan corak baharu ini melambangkan semangat Harimau yang sudah menjadi identiti Kontinjen Malaysia sejak kali pertama ia diperkenalkan pada Temasya Sukan Asia Tenggara atau Sukan SEA di Manila pada 2005.

“Adalah menjadi harapan MOM mewakili pemegang taruh termasuk Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) agar semangat Harimau menjadi inspirasi untuk atlet negara mengaum di kota Paris nanti,” katanya.

Norza berharap corak dan motif lebih terang ini bukan sahaja menonjolkan identiti dan keseragaman kontinjen tetapilebih penting melambangkan keperkasaan, ketangkasan dan keberanian untuk berjuang atas nama negara.
Tambahnya, untuk kemeja T berkolar berwarna emas, MOM mengekalkan corak dan motif yang sama tetapi dengan lakaran logo MOM yang berlambangkan warna-warna Jalur Gemilang sebagai tanda menghormati bendera negara.

“Disebabkan faktor masa, MOM mendapat kebenaran daripada pihak penaja Yonex Sunrise Malaysia agar logo Yonex atau YY tidak dipaparkan di kedua-dua jaket dan kemeja T.

“Ini adalah kerana proses untuk Yonex Sunrise Malaysia mencetak dan menyediakan pakaian rasmi ini memerlukan proses kelulusan di antara mereka dan pengilang sebagai prosedur operasi standard (SOP) jenama itu,” katanya.

MOM mengharapkan agar seluruh rakyat Malaysia menghulurkan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada semua anggota Kontinjen Malaysia di Temasya Sukan Olimpik Paris 2024, mulai 26 Julai hingga 11 Ogos nanti.

Terdahulu rakyat Malaysia mengutuk pakaian yang dipamerkan sebelum ini untuk peringkat Olimpik Paris 2024.

Artikle Berkaitan :>

Serie A: Kemunculan Pasukan Pengadil Dan Pembantu Pengadil Wanita Pertama

EURO 2024: Drama penalti akhirnya buat Slovenia gigit jari