Tuesday, July 9, 2024

Kenapa netizen Malaysia tak puas hati selebiriti cantik dari China jadi Duta pelancongan Melaka?

SELEBRITI antrabangsa dari China iaitu Fan BingBing dilantik menjadi duta bagi tahun melawat Melaka pada 14 hingga 16 Jun 2024.

Negeri yang penuh bersejarah itu dijangkan bakal menarik lebih banyak pelancong dari luar negara khususnya dari China dan Asia .

Namun apa yang menjadi isu adalah pendebatan netizen Malaysia mempersoalkan mengambil selebriti luar menjadi duta untuk pelancongan ini.

Rata-rata ada diantara rakyat Malaysia tidak berpuas hati dengan pelantikan tersebut kerana mengagap selebriti itu banyak kontroversi di negaranya.

Namun ada juga yang komen positif mengagap ia satu promosi yang baik bagi mengalakkan pelancongan hadir ke tapak warisan dunia Unesco itu  dapat meningkatkan ekonomi setempat.

Berita ini didedahkan oleh Ketua Menteri Melaka, Ab Rauf Yusoh menerusi hantaran dalam Instagram peribadi beliau, berkongsi bahawa beliau baru-baru ini mengadakan pertemuan dengan pengurus selebriti tersebut.

 

“Perjumpaan ini adalah bagi memperincikan mengenai lawatan Fan Bingbing ke Melaka pada 14 hingga 16 Jun 2024.

 

“Saya percaya, kehadirannya yang turut dilantik sebagai Duta Pelancongan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) akan menarik lebih ramai pelancong khususnya dari China dan Asia untuk melawat negeri Melaka,” tulis beliau.

Bingbing yang mempunyai 63 juta pengikut dalam Weibo ( platform media sosial di China mirip X yang dahulunya dikenali sebagai Twitter) dan 4.1 juta pengikut Instagram, lazimnya ditonjolkan sebagai wajah kebudayaan China di peringkat global.

 

Daya tarikan pecah panggungnya melangkaui filem China, dan pernah membintangi filem adiwira Hollywood – “X-Men: Days of Future Past”, selain daripada filem Perancis dan Korea.

 

Sebagai seorang daripada artis wanita dunia yang mendapat bayaran tertinggi, Bingbing juga mengusahakan agensi pengurusan artisnya sendiri, sebuah syarikat pengeluar filem dan Fan Beauty – satu jenama kosmetik dan penjagaan kulit yang mendapat kejayaan besar di China.

 

Beliau juga menghiasai iklan Adidas, Louis Vuitton dan Moet, selain daripada produk gincu bibir hingga ke berlian.

 

Pada 2017, majalah Time memilih beliau untuk menghiasi kulit majalah itu. Beliau juga dinamakan sebagai antara 100 Orang Paling Berpengaruh Global, menjadikan Bingbing sebagai satu-satunya artis wanita Asia yang terpilih.