Tuesday, July 9, 2024

Luahkan Cinta pada pasangan anda di ”Kafe Cinta dalam Kopi”

SALAH satu cara untuk meluahkan perasaan cinta pada yang
tersayang semestinya perlu dilengkapi dengan suasana yang romantik dan
mendamaikan, Kafe Cinta Dalam Kopi adalah pilihan yang tepat buat pasangan
yang menginginkan layanan istimewa dilengkapi dengan pilihan menu makanan
dari kopi yang memukau, bingsu penyejuk hati hingga ke nasi ayam buttermilk yang
pasti memikat selera.


Kafe pertama yang dibuka oleh SACC Food Chain Sdn. Bhd. (SFCSB) anak syarikat
kepada SACC Convec Sdn. Bhd. (SCSB) sebuah anak syarikat milikan penuh PKNS
telah memulakan operasinya pada 5 Februari tahun ini di dalam Kompleks Evo di
sini mengalu-alukan penggemar kopi dan food hunter untuk mencuba dan merasai
sendiri makanan yang menyelerakan dan suasana yang sesuai untuk healing di
Kafe Cinta Dalam Kopi.

OOTD sport, boleh bergambar sambil minum kopi

Dilancarkan oleh Ahli Lembaga Pengarah SFCSB, Suhaimi Kasdon turut menyatakan
keterujaan beliau mengenai kafe ini yang menawarkan variasi menu yang pelbagai
dengan harga yang berbaloi memang wajib untuk dikunjungi kerana pembukaan
kafe masa kini ibarat cendawan tumbuh selepas hujan terutama di Bangi yang
mempunyai pelbagai pilihan kafe hipster.

“Pelbagai menu menarik menanti anda yang terdiri daripada menu tempatan,
menu Asia dan menu barat. Kalau rambang mata, anda boleh mencuba Mee Kari
Nyonya, Nasi Lemak Ayam Crispy mahupun Big Breakfast CDK. Kuantiti hidangan
juga pasti membuatkan anda tersandar kekenyangan sambil tersenyum
kegembiraan”, ujar Suhaimi lagi.

Kopi dari ‘Kafe cinta dalam Kopi’

Bersempena dengan hari pelancaran Kafe Cinta Dalam Kopi, pihak kafe berbesar
hati untuk memberikan pelbagai promosi menarik seperti berikut:
 300 biji kek cawan CDK secara percuma
 RM1 sahaja bagi pembelian kopi yang kedua
 percuma kek potong bagi pembelian minimum RM40
 percuma belon berbentuk hati
 baucar bernilai RM20 secara percuma
 promosi ‘Happy Hour’ dua bekas Bingsu RM22 sahaja
bermula 5 Februari hingga 29 Februari.

Kafe Cinta Dalam Kopi ini dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam turut
menyediakan ruang untuk mereka yang gemar bergambar atau instagrammable
spot. Jadi tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang, tempah tarikh pada 17
Februari ini dan datang ke Kafe Cinta Dalam Kopi untuk merasai sendiri
pengalaman kopi yang memikat dan penuh kasih sayang dalam setiap tegukan
bakal menjadi sebuah kenangan terindah bersama mereka yang tersayang.

Artikle Berkaitan :>

Gilalah! nasi lemak RM0.90 sen…. ada anggap Pak Mat Western Cafe menipu

Malaysia Culinary World Cup cuba meraih rekod untuk Pertandingan Memasak Antarabangsa Terbesar di Dunia