Tuesday, July 9, 2024

“MALBATT: Misi Bakara” Filem pertama ditayangkan di layar IMAX

Mengambil inspirasi daripada kisah benar, “MALBATT: Misi Bakara” kini sudah bersedia untuk menggegarkan pawagam di seluruh negara dengan tarikh tayangan rasmi jatuh pada 24 Ogos 2023.

Mengusung genre aksi dan patriotik, filem MALBATT: Misi Bakara arahan Adrian Teh adalah berdasarkan kisah benar tahun 1993 dan menyelami keberanian anggota 19 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Mekanis dari Batalion Malaysia (MALBATT) yang menyelamatkan askar-askar Amerika yang terperangkap di Pasar Bakara, Mogadishu, Somalia dalam kejadian Black Hawk Down.

Pelakon-pelakon hebat telah dikumpulkan untuk membawa watak-watak utama dalam filem ini. Antara pelakon-pelakon ternama yang terlibat adalah Bront Palarae, Shaheizy Sam, Hairul Azreen, Zahiril Adzim,Iedil Dzuhrie, Adlin Aman Ramlie, Fauzi Nawawi dan Tony Eusoff. Prestasi luar biasa mereka menghayati peranan yang mereka bawa dalam kisah ini pasti akan memukau dan memberi kesan kepada para penonton.

Para pelakon yang terlibat dalam filem Malbatt Misi Bakara

MALBATT: Misi Bakara dipersembahkan oleh Tentera Darat Malaysia bersama enam syarikat penerbitan gergasi iaitu Berjaya Pictures, Act 2 Pictures, Fast Bikes, Aurum Investments Limited, Golden Screen Cinemas dan Astro Shaw.

Turut hadir di majlis pelancaran tersebut adalah Tan U-Jiun, wakil daripada Berjaya Corporation, Syed Ali Shahul Hameed, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Berjaya Land, BudiCitawanWanHanafi,PengarahUrusanBerjayaPictures, Adrian Teh, Pengarah Filem dan Ketua Pegawai Eksekutif Act 2 Pictures, Dato’ Hj Razak Al-Malique Hussain, Ketua Pegawai Eksekutif Fast Bikes, Carla Soong, wakil Aurum Investments Limited, Koh Mei Lee, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Golden Screen Cinemas dan Raja Jastina Raja Arshad, Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara.”MALBATT: Misi Bakara” menelusuri kisah sebenar keberanian dan dedikasi pahlawan-pahlawan Malaysia yang sanggup mengatasi segala rintangan untuk menegakkan nilai-nilai patriotisme dan solidariti.

Ia merupakan filem Malaysia pertama yang ditayangkan di layar IMAX dan juga tersedia dalam format 4DX dan Dolby Atmos.Imbas QR Code untuk press kit : Untuk keterangan lanjut,sila hubungi Unit Pemasaran & Kandungan / GSC MoviesLaili Zanariah ([email protected]) di +60 16-327 7101Fieyna Azman ([email protected]) di +60 12-231 1732