Tuesday, July 9, 2024

Pengambilan Sesi Julai, Kolej KEDA Tawar Tujuh Kursus Berkaitan TVET

Kolej Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) menawarkan tujuh kursus berkait dengan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Ujar Haniah Nor Samiri yang bertugas di Bahagian Pengambilan Pelajar, sesi pengambilan yang seterusnya akan berlangsung pada Julai 2024.

“Tujuh kursus itu merangkumi kulinari, motorsikal, automotif, kimpalan, penghawa dingin, fabrik wanita dan fabrik lelaki.

“Orang ramai dijemput hadir ke reruai Kolej KEDA untuk mendapatkan maklumat lanjut,” katanya kepada Refleks.my.

Haniah berkata demikian kepada Refleks.my semasa ditemui dalam program Hari Terbuka Putrajaya 2024 yang berlangsung di Perbadanan Putrajaya.

BACA JUGA > Robozeta: Produk Animasi Tempatan Didik Kanak-Kanak Cegah Sikap Negatif

Selain itu, reruai Kolej KEDA turut menawarkan aktiviti mewarna tote bag secara percuma dan pengunjung boleh membawa pulang sebagai kenang-kenangan.

Hari Terbuka Putrajaya 2024 diadakan sempena menyambut Hari Wilayah Yang Ke-50 dan program berlangsung bermula 1 (Khamis) hingga 4 Februari (Ahad).

Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk para pengunjung seperti pameran, jualan, peluang pekerjaan serta perkhidmatan semasa untuk orang ramai.

———

Ingin siarkan berita / produk / jenama / perniagaan anda dalam Refleks.my? Hubungi En. Ludfi di talian +6012-3717156 untuk keterangan lanjut.