Tuesday, July 9, 2024

Perumahan baharu Bandar Universiti Seri Iskandar tawarkan harga, rekabentuk dan kualiti menarik

BANDAR Universiti Seri Iskandar merupakan sebuah perbandaran terancang moden, teratur dan pantas membangun di menempatkan pelbagai kemudahan.

Terletak pada kedudukan strategik antara tiga lokasi utama iaitu Ipoh, Perak Tengah dan Manjung, Seri Iskandar juga dekat untuk akses ke Lebuhraya Pantai Barat (WCE).

Bandar Universiti Seri Iskandar sedang mengalami transformasi yang luar biasa, ia pesat berkembang dan merupakan pusat kediaman yang dinamik.

Dengan kehadiran dua universiti utama, Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM), bandar ini amat sibuk dengan aktiviti akademik dan ekonomi.

Tambahan pula, sebuah hospital kerajaan yang baru hampir siap, dan sebuah hypermarket Mydin dijangka dibuka nanti.

Pembangunan yang berkembang ini menjadikannya tempat yang ideal untuk melabur dalam bidang hartanah.

Justeru, tiga projek perumahan luar biasa yang direka khas diyakini dapat memenuhi gaya hidup pelbagai peringkat.

Eksekutif Jualan, Fariha Nabilah Binti Ismail berkata, sama ada pembeli rumah kali pertama atau pelabur, hartanah baharu ini menawarkan kelebihan pada harga, rekabentuk dan juga kualiti.

Katanya, tiga jenis kediaman bertanah (landed) ditawarkan kepada pembeli pada harga antara RM209,800 hingga RM298,395.

Eksekutif Jualan Bandar Universiti Seri Iskandar, Fariha Nabilah Binti Ismail

“Kediaman pertama iaitu Suria merupakan rumah teres 1 tingkat bermula dari RM209,800 dengan 4 bilik tidur dan 2 bilik air.

“Ia sempurna untuk sebuah keluarga baharu dan pemilik rumah kali pertama. Ia menyediakan ruang dalaman yang selesa dan praktikal pada harga yang sangat berpatutan.

“Kediaman Santolina juga teres setingkat 3 bilik tidur dan 2 bilik air bermula pada harga RM213,750.

“Menawarkan konsep yang cantik, projek ini mempunyai rumah teres satu tingkat yang dikemaskini yang memberikan ruang tambahan dan hasil yang sempurna,” ujarnya.

Kediaman seterusnya ialah Azalea iaitu teres 1.5 tingkat dari RM298,395 dengan 4 bilik dan 2 bilik air.

Jelas Nabilah, bagi mereka yang menginginkan lebih banyak ruang dan sudut, rumah teres 1.5 tingkat ini adalah pilihan yang sangat baik.

“Kediaman  ini menyediakan kawasan yang selesa dengan unsur-unsur reka bentuk inovatif, menggabungkan pelbagai fungsi dan keanggunan.

“Ia sesuai untuk sebuah keluarga atau pelabur untuk mendapatkan kadar sewaan yang lebih tinggi samada dijadikan homestay atau disewakan,” katanya.

Sama ada anda sedang mencari rumah sendiri atau untuk pelaburan, ia menjanjikan nilai yang luar biasa dalam bandar yang sedang membangun pesat ini.

Mereka yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Nabilah di talian 011-57583699.

Bayaran tempahan ketika ini cuma RM100 sahaja untuk memiliki rumah idaman di salah satu lokasi terbaik di negeri Perak dengan segera. – REFLEKS!

Baca ini > Sime Darby Property, Lagenda Properties tubuh Seed Homes Lagenda bina rumah mampu milik