Tuesday, July 9, 2024

PRO-NET Memperluas Jaringan Proton e.MAS dengan Membuka Peluang Kepada Syarikat Pengedar

Proton telah mengumumkan pelantikan 17 pengedar rasmi Proton e.MAS yang pertama di dalam majlis menandatangani perjanjian semasa pelancaran jenama Proton e.MAS pada 12 Jun dan sehingga kini jumlah tersebut telah bertambah kepada 18 pengedar di seluruh Malaysia.

Pengembangan portfolio ini menandakan pencapaian yang signifikan dalam memperluas rangkaian pengedar Proton e.MAS yang diuruskan oleh PRO-NET bagi mengajak lebih ramai rakan kongsi untuk menyertai Proton dalam menjadikan kenderaan elektrik lebih mudah diakses oleh seluruh rakyat Malaysia.

Penubuhan 18 cawangan Proton e.Mas yang diwakili oleh 16 pengedar, menunjukkan langkah penting dalam menerajui pengembangan rangkaian yang besar dan meluas. Tujuh belas daripada cawangan ini ditempatkan secara strategik di seluruh Semenanjung Malaysia: 3 di Kuala Lumpur, 4 di Selangor, 2 di Johor, 3 di Perak, 2 di Pulau Pinang, 1 di Kedah, 1 di Kelantan, dan 1 di Pahang. Satu cawangan di Malaysia Timur iaitu terletak di Sabah.

Pengembangan strategik ini menegaskan komitmen PRO-NET untuk menyediakan rangkaian yang mudah diakses dan sokongan menyeluruh kepada para pelanggan di seluruh negara demi melangkah ke mobiliti masa hadapan dan lestari bersama Proton e.MAS.

Cawangan-cawangan ini beroperasi di bawah model rangkaian komprehensif, dari pusat 1S hingga ke pusat 3S untuk memastikan para pelanggan menerima perkhidmatan yang menyeluruh dari setiap aspek.

Pembangunan ini menunjukkan dedikasi PRO-NET untuk memulakan ekosistem yang serba lengkap dan komprehensif dalam memastikan kesiapsediaan kepada bakal pemilik Proton e.MAS. Rakan kongsi PRO-NET juga penting dalam menyediakan ruang komuniti untuk pengalaman yang luar biasa, platform digital yang lancar, perkhidmatan selepas jualan, dan pilihan pengecasan.

PRO-NET ingin menyasarkan untuk mencapai 30 cawangan pengedar menjelang 2025, dengan plan pembesaran yang fleksibel berdasarkan permintaan yang tinggi.

Berminat untuk Menjadi Pengedar Proton e.MAS?

Dengan perkembangan revolusi kenderaan elektrik (EV), misi PRO-NET untuk mempromosikan penggunaan EV untuk menyediakan laluan kerjaya bagi individu yang berminat dengan mobiliti lestari.

PRO-NET mencari rakan kongsi yang berminat dan komited dalam menyertai rangkaian pengedar Proton e.MAS yang terletak di kawasan-kawasan ini: Alor Setar, Kuala Terengganu, Selangor, Kuala Lumpur, Seremban, Melaka, Johor Bahru, Batu Pahat, Muar, Kuching, Sibu, Bintulu, Miri, Sandakan, dan Tawau.