Tuesday, July 9, 2024

Southern Cable dapat kontrak RM99.6 juta daripada TNB

Southern Cable Group Bhd. memperolehi kontrak RM99.6 juta daripada Tenaga Nasional Bhd. (TNB) bagi membekalkan kabel dan konduktor bawah laut.

Syarikat pengeluar kabel dan wayar itu dalam kenyataannya berkata, kontrak terbaharu meningkatkan nilai keseluruhan perjanjian bekalan dengan TNB kepada RM854.3 juta.

“Kami komited menyokong inisiatif pembangunan TNB menerusi kabel dan wayar yang boleh meluaskan grid, integrasi dengan tenaga diperbaharui serta kerja-kerja modenisasi.

“Selain itu, peningkatan permintaan kabel dan wayar kami dipacu oleh pertambahan aktiviti di pusat-pusat data, sektor pengilangan, pembinaan dan infrastruktur.

“Kapasiti pengeluaran yang tinggi memastikan kami mampu menyediakan bekalan kukuh kepada pelbagai sektor,” kata Pengarah Urusan Southern Cable, Tung Eng Hai.

Tambahnya, tempahan diperolehi syarikat itu sekarang sudah melebihi RM1 bilion.