Tuesday, July 9, 2024

Stadium Shah Alam mula dirobohkan bakal berwajah baru dengan sistem yang lebih moden

KERJA-kerja merobohkan Stadium Shah Alam sedang giat dilakukan oleh kontraktor Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) selepas syarikat pemaju menerima permit kelulusan daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Menurut Bernama semalam  (2 Julai) mendapati kerja perobohan yang dijangka mengambil masa setahun ini dilakukan secara konvensional menggunakan jentera dengan meminimumkan bunyi dan habuk.

Stadium Shah Alam dibina pada tahun 1991 dan dibuka secara rasmi padaahun 1994 dengan kapasiti 80,372 orang.

Ia akan digantikan dengan stadium berwajah baharu yang lebih moden berkapasiti 35,000 sehingga 40,00 orang.

Dengan nama baharu Kompleks Sukan Shah Alam, fasiliti ini bakal memiliki padang boleh alih (retractable pitch) pertama di Malaysia, pusat latihan dan kemudahan canggih lain bertaraf dunia.

Artikle Berkaitan :>

Perbadanan Stadium Malaysia akhirnya mohon maaf

Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter, 16 Disember, Stadium Malawati Shah Alam

Perbadanan Stadium Malaysia akhirnya mohon maaf