Tuesday, July 9, 2024

Tudung Mawar Rashid terbang

Pelakon dan usahawan terkenal, Mawar Rasyid gagal meneruskan istiqomah apabila dia mengambil keputusan yang mengejut ramai pihak untuk tidak teruskan lagi berhijab.

Melalui hantaran di media sosialnya, Mawar 28, memohon maaf dan mengaku dirinya gagal.

Hantaran melalui Instgram Mawar Rasyid

“Saya sudah cuba tapi saya gagal..Minta maaf,”tulisnya ringkas.
Aktres berumur 28 tahun itu juga, memuat naik dua keping gambar di depan cermin sambil menayangkan rambutnya yang diikat.

Sementara itu, isteri kepada Raf Yaakob juga bertindak menutup ruang komen di hantaran tersebut.

Manakala menerusi perkongsian di Instagram Story pula, Mawar memohon diberikan ruang dan bakal kembali aktif setelah bersedia.

Terdahulu, Mawar memutuskan untuk bertudung selepas hasrat itu terbantut sekian lama dan hidayah untuk menutup aurat itu tiba selepas dia menyertai kelas agama.

Mawar dan Raf berkahwin pada November 2017, hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Raden Muhammad, Raden Seri Rosabella Cinta dan Raden Sri Riyanna Sayang.

Mawar juga turut memiliki dua anak tiri, Raden Ahmad dan Raden Seri Raysaa Chanela.