Tuesday, July 9, 2024

Ibu kandung Musa tampil, Noh Hujan langgar penjanjian soal penjagaan anak angkatnya

PENYANYI Noh Hujan sekali lagi menjadi kontroversi apabila ibu kandung kepada anak angkatnya, Musa tampil mendakwa bahawa dirinya telah dimanupulasi oleh penyanyi itu.

Ibu kandung kanak-kanak tersebut yang dikenali sebagai Athirah membuat tiga tuntutan baru-baru ini terhadap Noh berhubung kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini.

Tuntutan tersebut adalah menarik balik kenyataan yang dikongsikan dalam media sosial serta kekeliruan yang ditimbulkan dalam temubual dalam program Melodi.

Dalam temubual tersebut, Noh mendakwa Ibu kandungnya yang dikenali sebagai Athira mendakwa memberi kebenaran untuknya menjaga anak lelakinya iaitu Musa dengan rela hati.

Athira yang ditemui oleh beberapa para media meluahkan rasa kecewa terhadap Noh kerana telah melanggar beberapa penjanjian.

“Apa yang nak dikongsikan di sini, saya sebagai ibu kandung kepada Musa sangat kecewa dengan apa yang terjadi. Saya rasa dimanipulasi dan digunakan di atas kepentingan dia (Noh).

“Saya juga kecewa kerana dia menggunakan saya dengan menyatakan ‘Musa diserahkan ibu kandungnya dengan rela hati. Amanah ini diberikan kepada saya.’

“Disebabkan itu saya mahu Noh menarik balik kenyataan yang dibuat kerana menggunakan nama saya di media.

‘’Saya mahukan permintaan maaf secara terbuka daripada Noh. Sebelum ini dia membuat perkongsian menerusi media, jadi saya mahu dia buat permohonan maaf menerusi media juga,” katanya.

Tambahnya lagi, tindakan Noh itu dianggap melanggar perjanjian yang sudah dibuat antara mereka sejak awal untuk menjaga Musa.

“Ingin dijelaskan, saya dimaklumkan mengenai Instagram Noh di mana saya rasa sangat kecewa sebab dia tunjuk muka Musa.

“Dalam kes ni apa yang buat saya kecewa apabila Noh tidak mempunyai hak sebagai penjaga sepenuhnya tetapi dia melanggar perjanjian untuk tidak berkongsi wajah Musa.

“Jadi, saya mahu Noh menarik balik kenyataan yang dibuat terhadap saya dan hantaran membabitkan wajah Musa dan saya juga mahukan permohonan maaf secara terbuka daripadanya.

“Sekiranya dia gagal berbuat demikian dalam tempoh 24 jam, saya akan mengambil tindakan undang-undang,” katanya.

Terdahulu, Noh atau nama sebenar Noh Salleh, 39, membuat kenyataan di program Melodi bawahan tiada unsur penculikan seperti yang didakwa malahan sudah mendapatkan kebenaran dari ibu kandung kanak-kanak itu.

Untuk Maklumat Noh Salleh dan Mizz Nina pernah mendirikan rumah tangga selama 11 tahun dan mengambil anak angkat lelaki bernama Musa namun pada Ogos 2022 mereka memilih untuk berpisah.

Kini kedua-dua mereka sudah berkahwin bersama pasangan baru.