Tuesday, July 9, 2024

Nikmati Glamping di Pulau Pinang

Walaupun Pulau Pinang terkenal dengan makanan Nasi Kandar dan Pasembor namun tahukah anda terdapat pusat pelancongan yang sesuai untuk dijadikan aktiviti berhujung minggu bersama keluarga dan rakan.

Glamping merupakan trend yang baru merupakan kombinasi idea percutian ‘glamour‘ dan camping’ buat warga kota yang ingin mencari ketenangan dalam hutan. Ia juga dikenali sebagai aktiviti percutian berkonsepkan ala perkhemahan.

Terdapat dewan betuk kaca, boleh dijadikan majlis

Boulder Valley yang terletak di Teluk Bahang, Balik Pulau berkonsepkan alam semula jadi.
Kawasan yang dikelilingi dengan kehijauan alam sesuai untuk dijadikan destinasi percutian dan rehatkan minda pada musim percutian.

Bilik yang ditawarkan pula berkonsepkan kanopi seperti berada di hotel lima bintang serta disambut bunyi cengkerik dan aroma hutan yang mendamaikan.

Boulder Valley Glamping menawarkan tiga jenis bilik kepada pengunjung iaitu, terdapat tiga jenis bilik yang ditawarkan kepada pengunjung iaitu Safari Tent, Tented Villa dan Chalet Room yang harganya bermula daripada RM300 sehingga RM800.

Walaupun konsep seperti perkhemahan, kelengkapan asas disediakan antaranya seperti, pengering rambut, ketuhar gelombang mikro, soket elektrik untuk memudahkan pengunjung menggunakan barangan elektronik dan juga bilik mandi serta tandas di dalam setiap bilik.

Tempat tidur seperti hotel

Menurut, Pengurus Boulder Valley Glamping, Eugene Hoe, terdapat juga tempahan makanan yang disediakan malah para pegujung boleh menikmati sayuran yang ditanam secara organik di sini.

‘’Jika pengunjung mahu rasa seperti tinggal di dalam khemah sebenar mereka boleh mengambil Safari Tent yang dikelilingi kanvas, bezanya kelengkapan asas semua ada di dalam bilik termasuk mempunyai perkhidmatan ‘room service’ untuk tempahan makanan.

“Tempat ini juga sering disewa untuk pelbagai acara seperti perkahwinan, fotografi, yoga, Zumba, kem bina semangat (team building) syarikat dan jabatan kerajaan serta pelbagai lagi.

“Biasanya pihak kami akan berbincang dengan pelanggan dan sebolehnya cuba memenuhi permintaan mereka mengikut kesesuaian bajet masing-masing.

“Disini sememangnya kita mahukan pengunjung menikmati alam semaksima yang mungkin. Tidak hanya pemandangan yang indah, tetapi makanan terutama sayuran dan ulaman yang dihidangkan turut dihasilkan di sini.

“Mungkin sebab itu Boulder Valley Glamping adalah destinasi popular buat pengamal diet sayuran dan vegan kerana kami turut mempunyai menu untuk mereka,” terang Eugene.

Terdapat juga cafe

Boulder Valley Glamping mula dibuka pada 2014, tetapi kini pengurusannya telah diambil alih oleh DXN Holdings Berhad sejak 2019.

Buat mereka yang ingin merasai sendiri pengalaman bersama alam semulajadi di sini boleh membuat tempahan menerusi laman web, https://bouldervalleyglamping.com.my .

Artikle Berkaitan:>

5 Destinasi Menarik Wajib Dilawati di Kelantan