Sunday, May 19, 2024

Aeril Zafrel tak pernah terlintas nak curang, Wawa cukup sempurna baginya

PELAKON dan usahawan popular Aeril Zafrel tidak pernah terlintas untuk mencurangi isterinya Wawa Zainal mahupun membuka ruang kepada pelakon wanita lain untuk hadir dalam hidupnya.

Kata Aeril, dia bersyukur punyai teman hidup seistimewa Wawa yang sudah cukup sempurna di matanya.

“Saya beruntung sebab punya isteri secantik Wawa bukan sahaja suri sempurna, bahkan menjadi ibu berkerjaya yang mampu mendidik anak-anak biar sesibuk mana pun dengan kerja.

“Ketenangan dan kebahagiaan yang kami miliki ini tidak mungkin saya gadaikan hanya disebabkan keseronokan sementara.

“Memang tak pernah terniat curang. Kalau ada bisikkan, saya cepat-cepat ingat isteri dan anak-anak,”

Aeril dan Wawa ditemui pada majlis rumah terbuka Wawa Cosmetics di Bangi, baru-baru ini.

Istimewanya, rumah terbuka yang diadakan di premis niaganya itu dihadiri oleh lebih 500 tetamu terdiri daripada kenalan, rakan niaga dan pekerja Wawa Cosmetics lapor portal Gempak.

Tambah Aeril, sepanjang 12 tahun bergelar suami isteri, semua perkara dilalui bersama tidak kira ketika susah mahupun senang.

Tidak mungkin untuk Aeril melupakan pengorbanan Wawa apatah lagi merosakkan kepercayaan selama ini.

Pada masa sama, dia juga percaya terhadap kifarah sehingga sentiasa mengingatkan diri agar menjadi ketua keluarga yang baik buat anak dan isteri.

“Wawa setia dengan saya selama ini dan sudah tentu saya selalu ingatkan diri supaya jangan buat hal, nanti kena kifarah.

“Kalau sekali terkhilaf, memang susah dapatkan kepercayaan kembali, belum lagi dapat kifarah. Jadi elakkan ‘nakal’,” ujarnya.

Pasangan terbabit mendirikan rumah tangga pada 25 Februari 2012 dan dikurniakan empat cahaya mata.

Kredit: Gempak

Baca ini > Wawa raikan Ramadan bersama golongan asnaf, lancar produk terbaharu LOVE YOUR SKIN