Sunday, May 19, 2024

Jurulatih, pelatih penerbangan terselamat pesawat ringan terhempas

SEBUAH pesawat ringan dipercayai terhempas di sebuah ladang di Ladang Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), di Besout 2 Tambahan, pagi tadi.

Difahamkan kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 9.55 pagi melibatkan pesawat Cessna 172 dengan dua kru.

Berdasarkan maklumat awal, pesawat tersebut dinaiki dua mangsa masing-masing seorang lelaki dan wanita.

Difahamkan, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan akibat kejadian tersebut.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan, 9.46 pagi, hari ini.

Menurutnya, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River dibantu BBP Bidor dan BBP Tanjung Malim dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Makluman awal, sebuah kapal terbang dimaklumkan jatuh berdekatan Ladang MAIP Sungkai iatu kapal terbang jenis Cesna 172 daripada Layang Layang Flying Academy.

“Mangsa adalah Jurulatih Penerbangan, Kapten Shahrul Imran, 30-an, dan Pelatih, Le Ho Jia, 20-an,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Baca ini > Nahas pesawat BK 160 Gabriel: Identiti dua mangsa dikenal pasti