Sunday, May 19, 2024

Malaysia berjaya mara ke separuh akhir Piala Thomas setelah menewaskan Jepun 3-1

MALAYSIA berjaya meneruskan kemaraan ke pusingan separuh akhir Piala Thomas selepas menewaskan Jepun 3-1 dalam perlawanan akhir suku akhir di Pusat Sukan Chengdu High-Tech Zone, China, sebentar tadi.

Mata pertama skuad negara diperoleh melalui pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia yang tiada masalah menewaskan Kenta Nishimoto dengan straight set 21-13, 21-3 dalam masa 33 minit.

Zii Jia mempamerkan kehebatannya sejak dari awal perlawanan dan permainannya semakin garang di set kedua apabila tidak memberi peluang langsung kepada Nishimoto untuk mengutip mata.

Jepun bagaimanapun berjaya menyamakan kedudukan selepas beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik tewas dalam perlawanan yang sengit di tangan Takuro Hoki-Yugo Kobayashi.

Pertembungan penuh dramatik membabitkan dua bekas juara dunia itu menyaksikan Hoki-Kobayashi lebih unggul apabila mencatat kemenangan dalam pertarungan tiga set 18-21, 21-14, 21-19 di Pusat Sukan Chengdu High-Tech Zone, China.

Pertarungan penuh dramatik disajikan kedua-dua pasangan di set ketiga dengan Aaron-Wooi Yik yang pada satu ketika ketinggalan 14-19, berjaya mengutip lima mata berturut-turut untuk mengikat 19-19, tetapi Hoki-Kobayashi kekal tenang untuk mencatat kemenangan 21-19 sekali gus memenangi perlawanan.

Kem negara kembali bersemangat selepas pemain perseorangan lelaki kedua negara, Leong Jun Hao kembali meletakkan Malaysia 2-1 di depan selepas mengatasi wakil Jepun, Koki Watanabe.

Corak permainan menyerang dan bertahan yang baik memberi kelebihan buat Jun Hao apabila dia mencatat kemenangan ke atas Koki 21-13, 21-10

Kemenangan itu menyaksikan Jun Hao yang berada di ranking ke-37 dunia berjaya melunaskan dendamnya ke atas lawan di ranking ke-22 itu selepas tewas dalam pertemuan terakhir mereka di Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) di Shah Alam, Februari lalu.

Mata kemenangangan Malaysia seterusnya diperoleh melalui beregu lelak kedua negarai, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei yang menewaskan pasangan Akira Koga-Taichi Saito dalam perlawanan rubber set dengan mata 18-21, 21-15 dan 21-12.

Kemenagan Malaysia layak ke separuh akhir selepas menang ke atas Jepun itu sekaligus mengakhiri penantian ke separuh akhir sejak edisi 2016. Selepas ini, Malaysia akan berhadapan China atau India di peringkat separuh akhir.