Tuesday, July 9, 2024

Pengumuman: Kaunter OSC MM2H kini beroperasi di Pejabat MOTAC Putrajaya

SELARAS dengan notis makluman pengoperasian Pusat Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) di Jabatan Imigresen Malaysia  (JIM)  yang  tamat  pada  15  Disember  2023,  kaunter perkhidmatan Pusat Sehenti MM2H (OSC MM2H) akan mula beroperasi di Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) pada 18 Disember 2023 seperti butiran berikut:

WAKTU OPERASI:
ISNIN –

KHAMIS

8.00 pagi – 1.00 petang

2.00 petang – 5.00 petang

JUMAAT 8.00 pagi – 12.15 tengah hari

2.45 petang – 5.00 petang

LOKASI Aras 1, Kementerian Pelancongan, Seni dan  Budaya (MOTAC)

No. 2, Menara 1, Jalan P5/6,

Presint 5, 62200 PUTRAJAYA

 

NOMBOR

HUBUNGAN

No. Tel                                    03 8000 8000

No. Faks                                  03 8891 7181

CATATAN i)                    Segala urusan permohonan dengan MOTAC adalah hanya melalui Agen MM2H yang telah berdaftar sahaja

ii)                  Ditutup pada Sabtu, Ahad dan Cuti Am

 

Perkhidmatan kaunter di OSC MM2H, MOTAC adalah melibatkan proses permohonan lanjutan pas, pindah pas, pengeluaran pas khas bagi kes-kes menunggu keputusan dan lain-lain urusniaga harian yang berkaitan dengan pemegang pas MM2H sedia ada buat masa ini. Permohonan baru mengikut terma-terma yang terkini akan ditetapkan secepat mungkin.

MOTAC sentiasa komited menambahbaik perkhidmatan kaunter khidmat pelanggan dan memperkasa Program MM2H agar ianya dapat menjana ekonomi negara di samping mempromosikan Malaysia di persada antarabangsa. – REFLEKS!

Baca ini > WTD & WTC 2025 lonjak pelancongan, pelaburan negara dan warisan Melaka