Thursday, May 2, 2024

Tarian dangdut selebriti jadi punca Karnival Fiesta Raya Baling 2024 terpaksa ditutup

TINDAKAN seorang selebriti tanah air menari dangdut di atas pentas Karnival Fiesta Raya Baling 2024 telah menyebabkan kesemua peniaga terpaksa berputih mata.

Dilaporkan pihak PBT telah memberi arahan supaya Karnival tersebut ditutup serta-merta kerana perbuatan dari selebriti tersebut telah mencetuskan kontroversi sehingga Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi mendapat kecaman.

Seorang peniaga dan pempengaruh, Eira Aziera meluahkan kekecewaan kerana terpaksa menanggung kerugian berhubung insiden itu sehingga perniagaan mereka perlu ditutup.

“Penganjur bagi tahu vendor-vendor untuk tutup khemah dalam masa 48 jam. Apa salah kami sampai kami pula diarahkan tutup? Yang menari bukan kami, yang menari tu tak ada dalam atur cara majlis, tetamu yang tak diundang.”

“Di mana budi bicara sebagai orang Islam. Patutkah orang Islam lain yang buat, orang Islam yang tak ada kena mengena menjadi mangsa. Ingat nak buka booth tak guna duit kah.” kata Eira.

@eiraaziera6699Jumpa di ahkirat!!!♬ Instrumen Sedih – Yuda pratama

Eira berharap selebriti itu tampil bertanggungjawab. Disebabkan tingkah laku selebriti tersebut ramai orang yang tidak bersalah kehilangan kerja sedangkan masing-masing sedang mencari rezeki untuk persediaan hari raya. – REFLEKS!

Baca ini > Sempat Cuci Mata Sampai Penat Di Starvendors Tapi Tak Larat Nak Berpusing Balik!