Sunday, May 19, 2024

Realme 12 Pro+ 5G Boleh Pre-Order Dengan Deposit RM12 Sahaja

Realme 12 Pro+ 5G dan Realme 12+ 5G telah dijadualkan tiba di Malaysia pada 29 Februari 2024. Sesi pratempahan untuk peranti akan dibuka lebih awal yang bermula 16 Februari 2024 dengan deposit hanya RM12.

Menariknya apabila hadiah RM799 disediakan untuk pembelian Realme 12 Pro+ 5G yang termasuk Realme Techlife X60 Earbuds, Techlife Smartwatch T17C dan jaminan waranti setahun. Sementara itu pembelian Realme 12+ 5G pula diberikan hadiah bernilai RM699 yang berupa Realme Techlife Wireless Earbuds, Techlife Smartwatch T17C dan jaminan waranti setahun.

Ketika Realme cuba berahsia mengenai perkakasan dalaman namun peranti didapati telah tersenarai di laman penjual tempatan DirectD berserta spesifikasi penuh.

Realme 12 Pro+ 5G dilengkapi skrin OLED 120Hz FHD+ berukuran 6.7-inci. Digabung juga cip Snapdragon 7s Gen 2, memori 12GB RAM dan storan 512GB untuk tunjang utama. Bateri pula sebesar 5000mAh dan menyokong pengecasan 67W. Diikuti juga kamera utama 50MP + 64MP (periskop) + 8MP (ultra lebar) dan swafoto 32MP sebagai pelengkap.

Realme 12+ 5G pula dilengkapi skrin OLED 120Hz FHD+ berukuran 6.67-inci. Cip MediaTek Dimensity 7050, memori 12GB RAM dan storan 256GB digunakan sebagai tunjang utama. Bateri 5000mAh disertakan menyokong pengecasan 67W. Diikuti juga kamera utama 50MP + 8MP (ultra lebar) + 2MP (makro) dan swafoto sebesar 16MP sebagai pelengkap.