Tuesday, July 9, 2024

Tuduh Diana ada orang ketiga, Farid Kamil tarik balik kenyataannya

MULUT jangan capoi, jangan cepat menuduh secara melulu tanpa saksi dan bukti yang sahih. Akibatnya, malu diri sendiri dan terpaksa pula meminta maaf secara terbuka di media sosial.

Masalah termasuk kemelut rumah tangga artis hari ini dibawa ke media sosial yang menjadi medan untuk meluahkan perasaan.

Terkini, aktor Farid Kamil menggunakan Instagram Story (IG Story)nya untuk mengakui kesilapan menuduh ada orang ketiga dalam diri Diana Daniella.

BARANGAN kemas antara tawaran damai yang dibuat oleh Farid Kamil ke atas Diana Daniella yang menuntut cerai.

Inilah kata orang tua-tua, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, buruk padahnya. Kata-kata yang pernah dihamburkan oleh Farid Kamil, kini ditarik balik.

Senang-senang Farid Kamil menarik balik kenyataannya itu yang pastinya mengguris hati dan perasaan Diana.

Yalah umpama menuduh Diana ada jantan lain dalam hidupnya, rasanya itu tuduhan yang tidak sepatutnya timbul tanpa usul periksa.

Agak terkejut juga apabila Farid Kamil turut membuat kenyataan, memohon maaf kepada ibu mertuanya, Norsiah Ramli.

“Saya menarik balik kenyataan saya mengenai soalan daripada wartawan berkaitan pihak ketiga.

“Saya dengan rendah diri memohon maaf secara terbuka kepada ibu mertua saya, Puan Norsiah Ramli serta isteri, Diana Danielle di atas kenyataan saya pagi tadi.

“Sekali lagi di bulan Ramadan yang mulia ini saya mohon dimaafkan kekilafan yang terjadi,” tulis Farid dalam IG Storynya.

Tanda tanya timbul, mengapa pula Farid Kamil sudah lama tidak berhubung dengan ibu mertuanya dan mengapakah Diana dikatakan menghalau ibu kandungnya dari rumah mereka pada tahun 2019.

Farid dan Diana perlu hadiri prosiding sulh di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam pada 25 Mei depan dan ini adalah prosiding sulh kedua.

Prosiding sulh pertama Selasa lepas tidak dihadiri oleh Diana dan peguamnya. – REFLEKS