Tuesday, July 9, 2024

Atas Angin Festival 2024: Kembali meriahkan rooftop MyTown Cheras dengan 101 artis tempatan!

SELEPAS kejayaan luar biasa dua tahun berturut-turut, Atas Angin Festival kembali dengan lebih besar dan meriah pada tahun 2024! Festival muzik indie terbesar di Malaysia ini akan menggamatkan Rooftop @7, MyTown Cheras pada 3 Ogos, menjanjikan pengalaman yang tak terlupakan kepada para pengunjung dengan barisan 101 artis tempatan dan lima pentas yang bakal menggegarkan suasana.

Festival Atas Angin merupakan festival terbesar di Asia Tenggara, Atas Angin MY mengimpikan untuk mengangkat festival ini menjadi yang terbesar di Asia Tenggara. Dengan pelbagai kategori persembahan termasuk artis berkumpulan, solo, dan DJ, festival ini pasti menjadi platform unggul bagi bakat-bakat tempatan untuk bersinar. Antara barisan artis yang akan membuat penampilan adalah Bittersweet, Alleycats, Hyper Act., Amir Jahari, Estranged, IamNEETA, Iqbal M., Jemput Dengar, Kyoto Protocol, dan banyak lagi.

Festival ini akan berlangsung selama 15 jam tanpa henti, bermula dari pukul 9 pagi hingga 12 tengah malam. “Saya sebagai wakil pihak penganjur merasakan bahawa festival ini lain daripada yang lain. Festival ini mungkin sedikit sebanyak dapat mengubah corak pertunjukan festival di Malaysia dan bakal memberi impak bukan sahaja dari dalam negara,” ujar Arif Imran atau lebih dikenali sebagai Bam, Pengarah Projek Atas Angin Festival 2024.

Selain menyediakan hiburan muzik, Atas Angin Festival 2024 juga bertujuan untuk mengangkat nama dan bakat para pemuzik tempatan di Malaysia. Festival ini diharapkan dapat menjadi platform untuk mereka meraih peminat yang lebih ramai dan mengembangkan kerjaya mereka dalam industri muzik.

Tiket sudah mula dijual, Jualan tiket kini berada di fasa ketiga. Bagi yang belum mendapatkan tiket, mereka boleh melayari laman sesawang rasmi www.atasangin.com. Tiket dijual dengan harga serendah RM 159 untuk tiket solo, RM 300 untuk tiket duo, dan RM 556 untuk tiket kumpulan (4 orang). Harga tiket tidak termasuk caj pemprosesan.

Selain barisan artis terkenal, festival ini turut mendapat sokongan daripada rakan kongsi lokasi MyTown Cheras, rakan penaja seperti Satisfy, Kopi Saigon, Fred Perry, dan Quennel Solutions, serta rakan kongsi audio BEKL, 16 Audio Productions, Brothers Sound & Light Event, dan Bsync Production. Radio rasmi festival ini adalah Hot FM dan Kool FM, manakala rakan kongsi media termasuk Astro Gempak, Malaya Roll, dan Luas MY.

Maklumat Acara Tarikh: 3 Ogos 2024

Masa: 9:00 AM – 12:00 AM

Tempat: Rooftop @7, MyTown Cheras

Harga Tiket:

  • RM159 (Solo)
  • RM300 (Duo)
  • RM556 (Group)

Baca ini > TBA bakal adakan konsert di Malaysia