Tuesday, July 9, 2024

PRU India: PM Anwar ucap tahniah kepada Narendra Modi

PERDANA MENTERI Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mengucapkan tahniah kepada rakan sejawatnya dari India, Narendra Modi atas kemenangan dalam pilihan raya umum negara tersebut

Anwar berkata, kemenangan Narendra Modi kali ini adalah kemenangan berturut-turut untuk penggal ketiga pakatan yang dipimpinnya dalam pilihanraya umum India yang baru selesai.

“Proses dan praktik demokrasi di India ternyata mengujakan tatkala lebih dari 642 juta rakyat turun melaksanakan hak mengundi yang telah bermula sejak 19 April yang lalu.

“Modi juga telah melakukan anjakan yang ternyata memberangsangkan pada aspek ekonomi India yang tentunya meningkat tahap kesejahteraan rakyat dan juga membawa manfaat kepada wilayah tersebut.

“Saya bersedia untuk terus bekerjasama dengan beliau sambil kita mempatri era baharu hubungan persahabatan antara Malaysia dan India,” ujar beliau menerusi hantaran di laman sosial pada Rabu.

Modi, dan parti gabungan politiknya memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) negara itu pada Selasa.

Bagaimanapun, pembangkang mendakwa pengundi negara itu menghantar mesej jelas selepas parti nasionalis Hindu yang dipimpin Modi hilang undi majoriti dua pertiga kerusi Parlimen, untuk kali pertama dalam tempoh sedekad.

Berdasarkan keputusan di laman sesawang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) lewat petang semalam, gabungan parti politik yang diterajui oleh Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Modi memenangi majoriti kerusi Parlimen.

Pada PRU kali ini, BJP memenangi 240 kerusi berbanding 303 kerusi pada pilihan raya lalu, bermaksud BJP perlu bergantung kepada rakan-rakan gabungannya untuk meluluskan undang-undang di Parlimen.

Baca ini > PM Anwar mahu kemiskinan tegar di Sabah dinoktahkan sebelum akhir Julai