Tuesday, July 9, 2024

Punca insiden kebocoran gas di Sepang masih disiasat

PASUKAN Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) bergegas ke Sepang berhubung dakwaan kebocoran gas di pusat Sepang Aircraft Engineering (SAE) di Zon Tindakbalas Selatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Memetik sumber Astro Awani, setakat ini, enam anggota dari Jabatan Bomba dan Penyelamat KLIA serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Shah Alam dan anggota HAZMAT turut dihantar ke lokasi kejadian.

Terdahulu, satu pautan di platform media sosial Facebook (@sepangviral) memaparkan terdapat satu insiden kebocoran gas dipercayai berdekatan pusat SAE.

Beberapa foto turut dipaparkan di pautan FB berkenaan menunjukkan orang awam menunggu di lokasi kejadian.