Tuesday, July 9, 2024

Setelah Hilang 5 Hari, Siti Dhia Batrisyia Ditemui Selamat Di Belakang Kedai Mamak

Kanak-kanak perempuan, Siti Dhia Batrisyia Mohd Chairil Anuar, 12, yang dilaporkan hilang sejak Selasa selamat ditemui awal pagi tadi.

Ibunya, Syarifah Rosfazila Syed Muhammad Fazili, 41, berkata, Dhia ditemui di sebuah restoran sekitar Seri Rampai, Wangsa Maju.

“Dhia ditemui di Seri Rampai, terima kasih ada doa kalian semua,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, kanak-kanak tersebut keluar dari rumahnya sekitar Pudu, di sini, Selasa lalu.

Syarifah berkata, perselisihan faham antara dia dan anak pertama daripada dua beradik itu dipercayai punca kanak-kanak tersebut keluar dari rumah.

Menurutnya, ini kali pertama anak sulungnya bertindak tidak pulang ke rumah selepas keluar dari rumah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahya dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan polis berkenaan kehilangan kanak-kanak itu Khamis lalu.

Jelas beliau, lima individu individu telah dirakam keterangan terdiri daripada ahli keluarga serta rakan adik Dhia Batrisyia.

Kes juga diklasifikasikan sebagai orang hilang.

Kredit: Marlia Zakaria | KOSMO! ONLINE