Tuesday, July 9, 2024

Suami isteri terkorban nahas kereta, lori di Bukit Mantin

SEPASANG suami isteri terkorban dalam nahas kemalangan kereta dan sebuah lori tiga tan mengakibatkan letupan dan kebakaran kereta, dalam kejadian di Jalan Bukit Mantin di sini, pagi ini.

Terdapat dua orang mangsa Abdul Halim Mat Rani, 34 dan isterinya Noor Azeana Azreen Hasmadi, 32 rentung selepas kereta jenis BMW yang dinaikinya terbakar dalam kejadian tersebut.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan berkata, “Kedua-dua mangsa berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba pada pukul 11.35 pagi dan diserahkan kepada pihak polis untuk dibedah siasat.

“Kebakaran itu melibatkan sebuah kereta jenis BMW yang telah hangus terbakar berikutan pertembungan dengan sebuah lori tiga tan,” katanya dalam satu kenyataan pagi tadi.

Sementara itu, tiga orang mangsa yang menaiki lori tersebut mengalami kecederaan telah dirawat di tempat kejadian sebelum dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) di sini untuk rawatan susulan. – REFLEKS!