Monday, July 8, 2024

Suria FM belanja makan 100 orang pendengar

BERSEMPENA Jualan Agro Madani, Selangor Day yang berlangsung di Pekarangan FAMA Point, Bandar Baru Selayang pada 23 Februari (Jumaat) lalu, ‘Suria Belanja Makan’ dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mendapat sambutan meriah dengan menampilkan barisan penyampai Suria seperti Datuk Fizz Fairuz, Ajak, Kai Hassan, Rara, Chiwan, dan DJ Lin.

Acara yang bermula seawal jam 7.30 pagi itu telah diserikan lagi dengan persembahan istimewa daripada kumpulan Hijjaz, persembahan tarian tradisional, sesi soal jawab mudah bersama Suria Wheels dan barisan penyampai dimana peminat berpeluang membawa pulang barang eksklusif Suria seperti baju Suria, lanyard, beg ‘tote’, dan beberapa set kombo Agro Madani secara percuma.

Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid (DJ Lin) berkata, pihaknya mengucapkan ribuan terima kasih kepada FAMA selaku penaja lokasi, atas kerjasama baik dalam menjayakan Suria Belanja Makan, juga buat pendengar yang turut hadir pada Jumaat lalu.

“Suria FM kini kembali turun padang temui peminat dengan belanja makan seramai 100 orang pendengar terawal di Jualan Agro Madani, Selangor Day bertempat di Ibu Pejabat, FAMA pada Jumaat lalu.

“Syukur segalanya berjalan dengan lancar, terima kasih kepada semua yang terbabit bagi program kali ini dan semoga kerjasama baik Suria dan FAMA seperti ini dapat diteruskan di masa mendatang,” katanya.

DJ Lin berkata, berita baik buat semua pendengar, jangan lepaskan peluang rebut RM 36,000 dengan sertai kempen Suria Kongsi Rezeki yang berlangsung sehingga 29 Mac ini.

Kredit: Max-Infos.Com