Thursday, May 2, 2024

EHang Jual Dron Penumpang Autonomi EH216-S Di Pasaran Taobao

Pembuat teksi terbang China, EHang menjual kenderaan dron penumpang autonomi iaitu EH216-S di pasaran Taobao Alibaba Group Holding.

Ia beberapa minggu sebelum syarikat itu tersenarai Nasdaq yang menjadikan pesawat pembawa penumpang autonomi itu tersedia di pasaran luar negara.

Syarikat yang berpangkalan di Guangzhou, EHang telah meletakkan EH216-Snya untuk dijual pada harga seunit 2.39 juta yuan (AS$332,000) pada platform gergasi e-dagang, Alibaba.

Pada Februari lalu, EHang mengumumkan bahawa EH216-S akan dijual pada harga jualan yang dicadangkan sebanyak AS$410,000 di luar tanah besar China mulai 1 April.

Cita-cita tinggi terhadap kempen pemasaran domestik dan antarabangsa menunjukkan keyakinan EHang dalam menjana permintaan pasaran yang kukuh.

Ia beberapa bulan selepas EH216-S yang dibangunkannya sendiri menjadi penerima pertama di dunia bagi Sijil Jenis dan Sijil Kelayakan Udara Standard untuk eVTOL tanpa juruterbang.

Pensijilan tersebut masing-masing dikeluarkan pada Oktober dan Disember lalu, oleh Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC).

Pengasas, Pengerusi dan Ketua Eksekutif EHang, Hu Huazhi berkata “Pencapaian penting ini telah memberi impak yang mendalam kepada perniagaan kami, kerana ia telah mencetuskan lonjakan permintaan untuk EH216-S kami yang luar biasa,”