Thursday, May 2, 2024

Kini boleh guna ChatGPT tanpa akaun berdaftar

OPENAI sedia menawarkan ChatGPT kepada umum sejak penghujung 2022 lepas. Namun, untuk menggunakannya ini, para pengguna memerlukan sebuah akaun berdaftar, sebelum dapat menggunakannya.
Perkara berkenaan berubah bermula hari ini, di mana OpenAI membuka akses ChatGPT kepada semua, sekali gus membolehkan orang ramai menggunakannya tanpa perlukan sebarang akaun.
Kini, apabila anda melayari laman ChatGPT, ia akan memaparkan tetingkap perbualan terus untuk anda berinteraksi dan mendapatkan jawapan yang diinginkan.
Namun, sekiranya anda inginkan ciri seperti memori dan sebagainya, anda perlu mempunyai akaun berdaftar pada ChatGPT.
Perbualan yang anda lakukan juga tidak akan disimpan, dan dipadam sebaik sahaja anda menutup tetingkap berkenaan.
–ASTRO AWANI