Tuesday, July 9, 2024

Operasi SAR anggota tentera hilang semasa Op Ukur sempadan Limbang terus giat dijalankan

OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) Prebet Muhammad Syafiq Hilmi Abd Halim, anggota Batalion Ke-7 Rejimen Sempadan (RS) yang dilaporkan hilang pada 18 Jun lalu masih giat dijalankan.

Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam satu kenyataan hari ini berkata, operasi SAR telah memasuki hari ke-10 dan pencarian masih diteruskan sehingga hari ini dengan menggunakan kaedah pencarian dari udara dan darat di sekitar kawasan Ulu Mendalam di Limbang, Sarawak.

Katanya, antara aset yang diaturgerakkan adalah helikopter EC 725 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), helikopter LOH (AW 109) Agusta milik TDM serta dipergiatkan lagi dengan bantuan unit Anjing Pengesan K9 dari Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Pencarian turut dibantu oleh anggota dari

Combat Air Rescue TUDM, Pasukan Gerakan Am (PGA) PDRM dan anggota JUPEM yang sedang melaksanakan Op UKUR.

“Manakala di sektor Brunei Darussalam, pihak Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) turut melaksanakan pencarian di sekitar kawasan radius pencarian,” katanya.

Baca ini > Anggota tentera hilang ketika Op Ukur sempadan di Limbang