Friday, May 17, 2024

Ramasamy umum keluar DAP

PERAI – Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang, Dr. P. Ramasamy mengesahkan keluar daripada parti berkenaan berkuat kuasa serta-merta hari ini.

Ramasamy yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Perai, berkata, beliau sudah menghantar surat keluar parti itu kepada Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, pada pukul 8.24 pagi tadi serta kepada Pengerusi DAP negeri yang juga Ketua Menteri, seminit kemudian.

“Setelah berbincang dengan ahli keluarga, rakan terdekat dan orang tertentu, saya mengumumkan keluar parti dan meletakkan semua jawatan dalam DAP,” katanya dalam satu sidang akhbar di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Perai, di sini hri ini.

Sumber malaysiatribune.news