Saturday, May 18, 2024

Awal Ashaari dipilih sebagai wajah USANITA 2024

USANITA Sdn Bhd (USANITA) biarpun baru 4 tahun ditubuhkan namum pencapaian dan kejayaan yang ditempa oleh syarikat yang dikendalikan oleh Datuk Adzliana ini menjadi buah mulut ramai pihak. CEO Usanita yang lebih mesra dengan penggilan Datuk Nana ini menetapkan visi dan misi syarikat ke tahap yang lebih tinggi pada tahun 2024.

Pada pertengahan pertama tahun ini USANITA telah bekerjasama dengan syarikat dan agensi kerajaan antaranya ialah PERKESO, UKM dan dengan pihak Kementerian di Indonesia untuk menjalankan program mega iaitu ‘Bridge to Brilliance’ yang menyasarkan untuk menggabungkan dua buah negara serumpun ini untuk memajukan sektor ekonomi dan mengangkat kredibiliti usahawan dikedua buah negara agar setara dengan negara-negara luar.

“Membuka ruang jalinan antara kedua buah negara ini amat dinantikan oleh semua, kami bukan sahaja mahu melihat dari sudut keusahawan semata-mata malah diaspek industri hiburan juga. Dengan adanya Awal Ashaari juga memberi nilai tambah yang positif kepada jalinan ini. Jadi sebab itu Awal Ashaari dipilih sebagai rakan strategik Usanita untuk 2024.” Kata Datuk Adzliana ketika ditemu bual di rumah terbuka hari raya USANITA 2024 yang berlangsung di EQ Hotel.

Selain itu, pelbagai rancangan dan strategi yang telah dirancang oleh Usanita untuk kekal aktif di platform media sosial. Dengan kejayaan Podcast Hitam Putih yang dijalankan bersama Datuk Rosyam Nor, Datuk Nana merasakan bahawa momentum ini harus di perkuatkan lagi dengan melahirkan beberapa program YouTube baharu yang akan disiarkan di YouTube Channel Usanita.

Antara program terbaharu yang akan ditayangkan adalah sebuah program bual biacara yang berkonsep segar dimana akan dikendalikan oleh Datuk Nana dan Awal Ashaari sebagai hos. Program yang akan ditayangkan sebanyak 15 episod ini akan menampilkan selebriti tanah air dan mereka yang berjaya dalam bidang masing-masing untuk berkongsi pengalaman jatuh bangun mereka dalam mengarap kejayaan.

“Saya percaya program baru ini memberi nafas baharu dan pilihan yang sedikit berbeza kepada penonton, kita mahu sajikan sesuatu yang lebih segar dan bersifat santai kepada penonton sambil itu boleh memberikan inspirasi kepada mereka yang melihatnya.” Kata Awal Ashaari yang juga akan menjadi salah seorang hos dalam program terbaharu Usanita.

Dengan kerjasama bersama Awal Ashaari pasti memberi perspektif baharu pada Usanita dengan cadangan dan pandangan daripada beliau. Awal Ashaari turut akan memberikan pelbagai tips dan perkongsian tentang penjenamaan, penjagaan diri sebagai usahawan dan cara untuk tampil berkeyakinan bersama Perintis Usanita secara maya dan juga secara bersemuka pada tahun ini.

Sejajar dengan matlamat Usanita untuk menawan media sosial pada tahun 2024 ini, Usanita bukan sahaja melahirkan program sendiri namun sentiasa bekerjasama dengan pencipta kandungan media sosial yang lain. Usanita akan bekerjasama dengan sebuah rancangan podcast yang sedang meningkat naik iaitu Apa Cerita? yang dikendalikan oleh Asyraf Khalid and Ishraq Kamarudin dimana 10 episod istimewa ini akan memaparkan sesuatu yang istimewa dengan suntikan penjenamaan Usanita. – REFLEKS!

Baca ini > USANITA lancar program “Bridge to Brilliance” permudah kerjasama usahawan Malaysia dan Indonesia