Sunday, May 19, 2024

Jualan Elrah Exclusive meningkat 15 peratus berbanding tahun sebelumnya

JENAMA pakaian popular, Elrah Exclusive berjaya mencatatkan peningkatan jumlah jualan hampir sebanyak 15 peratus menghampiri RM200 juta menjelang hari terakhir Ramadan.

Pengasasnya, El Azman atau nama sebenar Mohd Hilmi Che Azman berkata, peningkatan jualan sebanyak 15 peratus ini masih belum dimuktamadkan susulan berbaki beberapa hari lagi sebelum Aidilfitri.

“Alhamdulillah, setakat ini Elrah berjaya mencatatkan jualan hampir RM200.

“Impian saya mahu mencapai RM250 juta namun saya akur kami tidak mampu mencapai sasaran itu kerana strategi dan kekangan produksi serta masa.

Pengasas Elrah Exclisive, Mohd Hilmi Che Azman (El Azman)

“Tahun ini perniagaan memang memberangsangkan daripada segi pemilihan duta, pemasaran boleh dikatakan meningkat sebanyak 15 peratus itu dan itu membuatkan saya sangat bersyukur untuk tahun ini. Malah ada beberapa koleksi duta yang habis terjual sebulan sebelum bulan puasa lagi.

“Kami masih belum membuat pengiraan secara menyeluruh memandangkan jualan di Singapura dan Thailand belum diketahui jumlahnya,” katanya.

Dalam pada itu, El Azman turut menyatakan Elrah Exclusive dalam perancangan untuk menambah koleksi pakaian wanita pada tahun depan.

“Memang diakui banyak permintaan untuk koleksi pakaian wanita namun kami harus meneliti dengan lebih mendalam kerana untuk koleksi lelaki sahaja kami mengambil masa selama setahun dan enam bulan untuk produksi dan masih belum mampu penuhi permintaan pasaran,” katanya kepada media.

Terdahulu, Elrah Exclusive meraikan lebih 35 orang pengamal media dalam satu majlis berbuka puasa yang diadakan di restoran Ketam Viral.

Jelas El, majlis itu bagi menyantuni para pengamal media yang sentiasa memberi sokongan kepada perniagaannya sejak dimulakan. – REFLEKS!

Baca ini > Elrah Exclusif menampilakan KJ dan pelakon popular dalam Short Filem ‘Mak’