Sunday, May 19, 2024

Richiamo Mart rasmi cawangan pertama di Bangi

HARI ini secara rasminya Richiamo Mart Bangi telah dibuka kepada para penduduk sekitar Bangi dan kawasan-kawasan sewaktu dengannya.

Richiamo Mart merupakan anak syarikat baharu Richiamo Coffee ditubuhkan sebagai sayap perniagaan baru dalam segmen runcit.

Dijangka menjelang separuh kedua 2024 sebanyak tiga atau empat cawangan Richiamo Mart akan memulakan operasi masing-masing.

Cawangan pertama rangkaian Richiamo Mart ini dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali turut sama  Pengarah Urusan Kumpulan Richiamo Sdn. Bhd. Muhamad Zamry Abu Samah dan Pengarah Urusan Richiamo Mart Sdn. Bhd. Wan Najib Wan Daud.

Antara jenama-jenama produk tempatan yang bekerjasama dengan Richiamo Mart ialah Bubbles O2, Origina, Kerepek Mina, Tisha, PopsLab, Fitrah, Uncle Saba, Bayan Nuri, Kerepek Ellaz, Beard Brothers, Fatiha, Ainon, Pak Chips, Munira, T’Salle, Salisporice, Dim sum dan pau Mohd Chan, Sawanah, Maduria, Hannah Food selain dari jenama-jenama yang telah “establish” seperti Adabi, Habhal, Halalgel, Mu’min dan lain-lain.

Selain itu, kafe dalam mart ini juga menyediakan kopi, pastry, bun, dim sum, pau, oden dan soft serve aiskrim. – REFLEKS!