Saturday, May 18, 2024

YaPEIM perkenal sumbangan ‘direct debit’, galak masyarakat berinfak secara berkala serendah RM10

YAYASAN Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) hari ini telah mengumum satu pendekatan baharu dalam menggalakkan masyarakat di negara ini untuk berinfak dengan memperkenalkan sumbangan ‘direct debit’ secara terus melalui pautan di laman sesawang InfaqPay YaPEIM.

Inisiatif ini dilihat mampu menarik lebih ramai individu mahupun kumpulan sasar berinfak secara berkala kepada YaPIEM bermula serendah RM10. Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM, Datuk Mohd Radzif bin Mohd Yunus di ibu pejabat YaPEIM pagi ini.

Majlis perasmian Infak secara Direct Debit ini telah disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM, Datuk Mohd Radzif bin Mohd Yunus dan barisan pengurusan tertinggi di ibu pejabat YaPEIM pagi ini.

Pendekatan ini sudah dirancang sejak beberapa bulan lalu dengan megambil kira factor relevannya penggunaan telefon pintar dan ketersambungan kemudahan internetyang cukup meluas di negara kita.

YaPEIM melihat amalam berinfakatau besedekah ini seharusnya mempunyai pelbagai cabang pilihan serta kaedah untuk orang ramai melakukan amal kebajikan dan ia perlu dipermudahkan seperti yang sering dilaungkan oleh komuniti global iaitu ‘dunia kini dihujung jari’.

Menyedari akan kepentingan infak masyarakat dalam melancar segala objektif penubuhan YaPEIM, maka saluran baharu ini diharap menjadi pilihan dan pemudah cara kepada masyarakat untuk mengejar saham akhirat masing-masing seterusnya menjadikan YaPEIM sebagai platform infak yang diyakini.

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM, Datuk Mohd Radzif bin Mohd Yunus sedang menunjukkan cara menggunakan Infak secara Direct Debit ketika Majlis Sambutan Hari Raya YaPEIM sambil diperhatikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif/Ketua Pengarah YaPEIM Ameer Ali bin Vali Mohamed

Platform baharu yang dikuasakan oleh InfaqPay ini dilihat mampu memberi nilai tambah kepada YaPEIM dalam menjadi penerajukepada institusi amal jariah Malaysia khususnya.

Selain pendekatan sedia ada yang telah dilaksanakan seperti Rakan STrategik Infak (RSI) yang menggalakkan kakitangan kerajaan dan swasta menginfakkan gaji kepada YaPEIM, serta portal ‘crowd funding’ Inspirasi Qaseh, platform ini diharap mampu meningkatkan dana Tabung Amanah YaPEIM yang diketahui ramai digunakan untuk membantu mereka yang memerlukan seperti anak-anak yatim, pelajar miskin, keluarga asnaf dan B40 dan lain-lain lagi. – REFLEKS!