Sunday, May 19, 2024

Andalusia Travel lancar Pakej Haji 1445H dan Brosur Andalusia 2024/2025-1446H

PENGENDALI pakej ibadah haji dan umrah, Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia) terus melangkah ke hadapan dengan perancangan jualan dan pemasaran lebih efisien serta holistik dalam menyantuni jemaah Malaysia.

Pengarah merangkap Penasihat Undang-Undang Andalusia, Ida Riswana Idris berkata, pihaknya percaya pakej yang disediakan membantu jemaah merancang perjalanan ibadah masing-masing dengan lebih mudah.

“Mengikut tradisi, pakej haji dan umrah daripada Andalusia Travel sangat dinanti-nantikan orang ramai. Misi kami adalah untuk menyediakan perkhidmatan umrah dengan berpatutan dan berkualiti kepada masyarakat Islam dengan harapan setiap umat Islam dapat menunaikan kewajipan agama mereka tanpa perlu bersusah payah dan bimbang,” katanya.

Menurut beliau, Andalusia Travel akan terus komited untuk mengekalkan dan menambahbaik mutu perkhidmatan mereka kepada Jemaah umrah yang dianggarkan akan bertambah sehingga mencecah 80,000 orang setahun pada musim umrah 1446H nanti.

Turut hadir pada majlis pelancaran Pakej Haji 1445H dan Brosur Andalusia 2024/2025-1446H di Movenpick Hotel & Convention Centre, Sepang semalam adalah Datuk Ustaz Hj Md Daud Che Ngah Pengerusi Ekserkutif Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd. – REFLEKS!

Baca ini > HLISB jalin kerjasama dengan Andalusia untuk meningkatkan pengalaman Umrah umat Islam