Friday, May 17, 2024

Bincang pembangunan bola sepak negara, TMJ jemput Figo ke Johor Bahru

TUNKU Mahkota Ismail Sultan Ibrahim yang juga Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) meluangkan masa bertemu dengan legenda bola sepak dunia, Luis Figo di Sepanyol.

JDT dalam satu kenyataan di laman sosial mereka berkata, perjumpaan itu bagi membincangkan beberapa perkara mengenai pembangunan bola sepak dengan Figo yang kini adalah penasihat bola sepak dan duta badan induk bola sepak Eropah, UEFA.

“DYAM Pemangku Sultan Johor dan Figo turut membincangkan beberapa perkara berkaitan perkembangan dan pembangunan bola sepak.

“Baginda juga menjemput Figo ke Johor Bahru untuk berbincang dengan lebih lanjut bagaimana ia boleh memberi manfaat kepada bola sepak di Johor dan Malaysia,” kata kenyataan itu.

Pada waktu ini, JDT sedang mengharungi siri jejalah pramusim di Sepanyol dan menentang beberapa pasukan di negara itu.

Baca ini > TMJ berkenan berangkat ke Markas Taktikal Pos Tanjung Sepang