Friday, May 17, 2024

Bukan hanya tiang arash bergegar, kaum Nabi Lud bertambah!

SUATU ketika dahulu pernah kecoh insiden seorang pereka fesyen bercium dalam lif dengan kaum sejenisnya.

Individu itu bagaimanapun menutup RAINBOWnya apabila dia bernikah dengan seorang wanita sejati.

Episod menjadi menantu orang kenamaan menutup pola-pola RAINBOW yang ada dalam dirinya.

Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan zuriat. Jadi kalau individu ini nak jadi jantan sejati, memang tak ada masalah.

Tidak timbul masalah nafsu syawat tidak bangkit. Boleh aje menikah elok-elok, Allah anugerahkan zuriat sedangkan pasangan lain yang lama mendirikan rumahtangga, pun tidak dikurniakan zuriat.

Sayang sungguh apabila masjid yang dibina itu runtuh gara-gara naluri RAINBOW yang ada dalam dirinya.

Mungkin sang isteri, lama kelamaan dapat menghidu warna-warna Pelangi yang ada dalam diri suaminya.

Jadi, sang isteri sudah semestinya tidak dapat menerima kaum Nabi Lud itu sebagai suami yang mana ia memudaratkan bukan sahaja diri si isteri tetapi keturunan yang dilahirkan.

Individu itu sepatutnya fikir dan fikir tujuh kaki bawah tanah. Bukan sekadar fikir zuriat yang dilahirkan.

Pintu taubat masih terbuka sebelum Allah menutupnya. – REFLEKS