Sunday, May 19, 2024

CBP tawar hadiah lumayan melalui Kempen Hello CBP 2024

CO-OPBANK Pertama (CBP) telah melancarkan Kempen Hello CBP 2024 bagi tahun 2024 yang menawarkan hadiah keseluruhan lebih RM1.5 juta yang bermula dari 1 Januari sehingga 31 Disember 2024.

Seperti kempen sebelum ini, Kempen Hello CBP 2024 ini memfokuskan kepada produk-produk runcit CBP di mana pelanggan sedia ada atau pelanggan baharu yang melanggan produk seperti deposit, Pembiayaan Peribadi Al-Yasser, Pembiayaan Perumahan Al-Amali, Pembiayaan Ar Rahnu, Takaful Smartcare layak untuk menyertai kempen ini, tertakluk kepada terma dan syarat.

Pelanggan yang terpilih berpeluang untuk membawa pulang hadiah utama iaitu empat (4) buah kereta Proton S70, empat (4) buah Motorsikal Suzuki Gixxer 250, Pakej Umrah dan pelbagai hadiah menarik yang lain di mana pengumuman pelanggan terpilih akan dilakukan setiap suku tahun.

Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Encik Khairil Anuar Mohammad Anuar berkata, kelainan yang dibawakan oleh CBP menerusi Kempen Hello CBP 2024 ini adalah cabutan diadakan pada setiap suku iaitu pada bulan Mac, Jun, September dan Disember.

“Hadiah keseluruhan yang ditawarkan menerusi kempen ini adalah hadiah yang tertinggi pernah ditawarkan kepada pelanggan-pelanggan iaitu lebih RM1.5 juta.

”CBP amat menghargai segala sokongan yang diberikan oleh pelanggan kami dan kami mengharapkan agar terus mendapat sokongan yang berterusan daripada pelanggan-pelanggan kami,”katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Dalam masa yang sama juga, beliau turut berkata bahawa CBP akan terus menyediakan produk dan perkhidmatan perbankan yang terbaik kepada orang ramai sesuai dengan keperluan masyarakat di negara ini.

Terdahulu, CBP telah melancarkan secara rasmi Kempen Hello CBP yang diadakan di Kuala Lumpur selain daripada majlis penyampaian hadiah Kempen Hello CBP 2023 di mana pemenang utama membawa pulang sebuah kereta BMW 2 Series Coupe218-i. – REFLEKS!

Baca ini > CBP rasmi cawangan Kuching II dan Sandakan