Friday, May 17, 2024

Elrah Exclusif menampilakan KJ dan pelakon popular dalam Short Filem ‘Mak’

JENAMA terkemuka pakaian tempatan Elrah Exclusive semalam telah mengadakan acara filem pendek secara ekslusif bertempat di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur dengan kehadiran Khairy jamaluddin, Shahril Hamdan dan beberapa artis tanah air yang turut terlibat.

Walaupun bekas Menteri kesihatan Khairi Jamaluddin hanya beberapa saat keluar di layar perak namun dirinya cukup teruja bersama kempen filem pendek yang bertajuk ‘Mak.

‘’Saya sangat teruja untuk bersama untuk kempen Elrah Exclusif pada tahun ini, saya setuju untuk bersama kerana El Azman (pengasas El Azman) sendiri dan saya melihat beliau seorang usahawan tempatan yang berjaya saya juga suka mertabatkan baju melayu untuk kita biasakan memakai baju melayu bukan sahaja untuk majlis yang rasmi tetapi bila-bila masa.

‘’Dan itu juga menyebabkan saya berada di kempen kali ini dan berkenaan watak filem sebagainya jika ada rezeki ada peluang, Insyallah.

Selain KJ turut berlakon dalam filem pendek itu, menampilkan juga artis tanah air seperti El Azman, yang merupakan pengasas Elrah Exclusive itu sendiri Shahril Hamdan, Beto Kusyairy, Sharaaz Ahmad, Amir Ahnaf, MK K-Clique, Meerqeen, dan Fadhli Masoot yang merupakan duta-duta jenama Elrah Exclusive pada tahun ini.

Menampilkan barisan artis yang menjayakan filem pendek ‘Mak’ dalam kempen Elrah Exclusive

Filem pendek eksklusif bertajuk “MAK“ berdasarkan kisah benar pengasasnya, El Azman. Naratif filem yang sangat menyentuh hati ini adalah berkisahkan perjalanan seorang remaja, Hilmi, yang mendambakan belaian dan kasih sayang ibunya.

Filem “MAK” ini menjalinkan kisah kerinduan seorang anak dan harapan ibu yang tidak berbelah bahagi. Melalui penceritaan yang menyentuh hati ini, El Azman mengharapkan para penonton dapat merasai kerumitan emosi dalam ikatan kekeluargaan dan kuasa kasi sayang seorang ibu yang kekal abadi.

Pengasa jenamata Elrah, El Azman

Elrah Exclusive merupakan salah satu jenama yang terkenal dalam fesyen baju melayu lelaki. la sering mempersembahkan koleksi Baju Melayu dan Kurta yang tersendiri, melambangkan gaya dan keunggulan untuk si pemakai. Ditubuhkan pada tahun 2014 di Bangi Sentral, Elrah Exclusive telah meluaskan jenamanya di seluruh Malaysia, dan kini melebarkan sayapnya Ke pasaran Asia Tenggara. la juga telah menjadikan jenama ini sebagai ‘TOP BRAND’.

Artikle Berkaitan :>

Shoppes @ Four Seasons Place Tawar Enam Koleksi Pakaian Elrah

Menampilkan 10 selebriti dalam rekaan Baju Kurung Raya 2023 Rizman Ruzaini yang paling diperkatakan