Friday, May 17, 2024

Attahalilintar pentingkan pendidikan, kini lanjutkan pelajaran di sekolah menengah atasan

PEMPEGARUH terkenal di Indonesia, Attahalilintar akui sedang melanjutkan pelajaran di sekolah menengah atasan setelah 15 tahun berhenti sekolah kerana faktor kemiskinan keluarganya dahulu bagi menyara 11 adik beradiknya yang lain.

Bagi dirinya pelajaran itu sangat penting memandangkan dirinya sudah mempunyai anak, Atta mahu menjadikan dirinya bapa yang baik untuk anak-anaknya kelak.

Attar turut menceritakan banyak kenanganya di Kuala Lumpur

‘’Dari kecil saya kehilangan masa kecil dan melihat rakan lain boleh bermain sedangkan saya perlu bekerja baru tahun ini saya menyambung sekolah Menengah atas di Jakarta, mungkin tahun depan saya akan menyambung ke kolej.

‘’Walaupun sudah lambat namun saya cuba untuk melanjutkan sekolah kerana saya anggap tuhan sudah berikan keberkatan kepada hidup saya mungkin tuhan balas apa yang saya doa semasa saya kecil.

‘’Saya amat memetingkan pendidikan kerana ia akan lanjut ke anak-anak saya, nanti takut anak-anak saya cakap, oh ayah tak sekolah pun tak pe lah kita pun tak sekolah jadi saya nak berikan contoh lah, walaupun bapa ada ujian tak boleh sekolah tapi jangan kita tak boleh belajar jadi kita kena berusaha terus belajar jangan berhenti sampai kita tua nanti’’. Katanya semasa di Kuala Lumpur bagi majlis pelancaran lagu barunya.

Bercerita lebih lanjut tentang kesusahannya dirinya hidup di Kuala Lumpur menantu kepada penyanyi terkenal Kriss Dayati itu bukanlah mudah, dia perlu melupakan zaman kanak-kanaknya dan bekerja menjual simcard bersama bapanya.

Attar yang ditemui media dalam majlis pelanacaran lagu terbarunya

‘’Sebagai anak sulung saya perlu mengambil tanggungjawab untuk mencari rezeki, kewangan keluarga saya tidak begitu stabil dan mengikut bapa menjual sm kad di sekitar Pasar Seni.

‘’Pasar seni antara lokasi bermakna dalam hidup saya, apa yang lalui dahulu adalah pemangkin semangat, apabila pulang ke Indonesia saya berniaga tanpa kenal erti penat atau menyerah.

Dalam pada itu, Atta turut berkongsi buah tangan lagu ciptaannya bersama penyanyi rap tempatan iaitu Saixce dan Kid Santhe berjudul ‘Mantap Cuy’.

‘’Saya memang sukakan muzik rap, di Indonesia muzik rap agak kurang berkembang kerana banyak genre seperti dangdut dan lain-lain, jadi saya senang untuk bekerjasama dengan penyanyi Malaysia ini merupakan jalan terbaik.

Mantap Cuy merupakan lagu hasil ciptaan bersama Kidd Santhe dan Saixse sendiri manakala Atta pula turut terlibat menulis sebahagian lirik lagu berkenaan.

Muzik video lagu ini dirakamkan di Indonesia dan mula ditayangkan di saluran YouTube
Kidd Santhe bermula 30 April.

Artikle Berkaitan :>

A “Mantap” cross-cultural synergy featuring Saixse, Kidd Santhe and Atta Halilintar