Friday, May 17, 2024

Meerqeen tayang kereta bernilai RM1.5 juta

Baru sahaja berusia 22 tahun, pelakon yang sedang meningkat naik Meerqeen, berjaya memiliki sebuah kereta Mercedez Benz iaitu G-Wagon dalam anggaran RM1.5 juta.

Bekas peserta Hero Remaja itu meluahkan rasa syukur kerana berjaya memiliki kereta tersebut dan membuahkan hasil dalam pencapaian kerjaya beliau.

Menerusi perkongsian di aplikasi X, Meerqeen dilihat memuat naik gambar kereta bawarna hitam

Merqeen bersama kereta barunya, G-Wagon

‘’Langkah senyap, impak yang kuat. Alhamdulilah Ya Allah. Alhamdulilah syukur rzeki Allah. G-Wagon adalah kereta idaman saya’’. Katanya.

Meerqeen juga berkata membeli kereta tersebut merupakan kepuasan agar lebih bersemangat untuk bekerja keras.