Friday, May 17, 2024

Tandas Mcdonald mengenakan kata laluan

Sekiranya restoran lain memberikan kata laluan bagi perkhimatan Wi-Fi kepada pelanggan namun berbeza pula cawangan Mcdonald di Bukit Bintang, apabila memberikan kata laluan untuk menggunakan tandas.

Cawagan tersebut mula mengenanakan tindakan itu pada tahun 2023, pada sesiapa yang ingin mengunakan tandas perlu dapatkan resit kata laluan pada setiap pembelian.

Hanya pelanggan yang memesan makanan daripada Mcdonald’s itu sahaja diberikan resit boleh menggunakan fasiliti tersebut.

Jelas tertera di resit tersebut mempunyai kata laluan tandas, bagi mereka yang tiada yang tiada resit tidak dapat mengunakan tandas tersebut.

Mungkin perkara ini adalah baru untuk warga Malaysia, walaupun kedengaran pelik namun ia mungkin bersikap adil terhadap semua pelanggan.

Memadangkan Mcdonald Bukit Bintang sering menjadi tumpuan pengunjung dalam dan luar negara sudah semestinya mereka harus sentiasa menjaga kebersihan.