Friday, May 17, 2024

Thalia jampi suami bersebab

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri mengaku dirinya memang ada membaca jampi setiap kali memasak untuk menawan hati suami.

Beliau bagaimanapun berkata, apa yang dilakukan itu bersebab kerana mahu memastikan akan selalu menawan hati suami melalui air tangannya.

“Ya saya memang mengaku baca jampi, memanglah kita kena tundukkan suami, itu hak kita.

“Bagi saya, memang akan pertahankan suami saya dan tawan hati melalui air tangan,” katanya yang ditemui pada sidang media sempena selepas Majlis Talia Glitz Raya – Budaya Bertemu Busana bersama rakan media di sini.

Walau bagaimanapun, pelakon Seindah Sakura itu berkata apa yang dibaca adalah doa yang diajar oleh ustaz menggunakan ayat Al Quran.

“Saya tahu dosa pahala, Alhamdulillah. Saya hanya amalkan selawat dan zikir Ya Latif setiap kali masak.

“Itu memang rutin saya, sebab bila kita masak kena pastikan air tangan kita bersih, masakan sedap dan diberkati,” katanya yang gemar bersiaran langsung di TikTok setiap kali memasak.

Terdahulu, Thalia, 38, ditanya mengenai hal itu apabila satu klip video konon dirinya mengaku sedang menjampi masakan tular dan mendapat pelbagai respon netizen.

Dalam siaran langsung itu, Thalia turut dipetik berkata dirinya memang membaca jampi untuk menundukkan suaminya, Datuk Shahriza Amir.

Ada netizen yang menyokong malah ada yang turut menegur Thalia dan mengatakan ia perbuatan syirik.

“Saya memang suka live masak, kalau nampak kumat kamit tu saya baca doa, jampi doa… bukan benda karut.

“Mungkin netizen salah faham, kalau yang selalu ikut saya dia tahu sebab saya memang suka bergurau,” katanya yang juga mesra disapa Bunda Lia.

Pengasas produk kecantikan dan penjagaan peribadi jenama Talia itu berkata sebagai wanita, perlu sentiasa curi masa memasak untuk suami dan keluarga.

“Ya saya memang ada pembantu rumah, tapi itu bukan alasan saya lepas tangan dan saya tetap masuk dapur dan masak untuk suami dan anak-anak.

“Bagi saya itu penting untuk menawan hati serta amanah kita menjaga keluarga serta pastikan mereka dapat air tangan yang bersih dan sedap.

“Tak kisah masakan biasa sekali pun, biarlah dari tangan kita dan curi juga masa untuk tujuan itu,” kata ibu kepada empat cahaya mata itu.

Sementara itu, menawarkan dua buah motorsikal untuk pelanggan sepanjang kempen jualan Ramadan dan Syawal kali ini.

Beliau berkata motorsikal berkenaan sebagai penghargaan buat pelanggan yang terus menyokong dan setia dengan jenama itu.

“Kali ini antara fokus jualan kita ialah Dolly Milk iaitu susu penggalak untuk putih dengan rasa sedap dan memberikan kesan efektif.

“Saya berkongsi berdasarkan pengalaman sendiri, dulu saya hitam lepas amalkan setahun susu ini Alhamdulillah memang nampak perubahan,” katanya.

Tambahnya, Dolly Milk juga diperkaya dengan bahan premium termasuk Korean Pearl Powder dan didatangkan dalam dua perisa iaitu strawberry serta honey dew.

Harga bagi setiap botol Dolly Milk ialah RM55 bagi Semenanjung Malaysia manakala RM60 untuk Sabah dan Sarawak.

Mengulas mengenai cara untuk memenangi dua motorsikal itu, Talia berkata setiap pembeli perlu membuat dua pembelian produk Talia dan kongsikan dalam hantaran di media sosial serta tag lima rakan.

Sempena Syawal kali ini juga, lima edisi rekaan eksklusif baju raya dikeluarkan untuk digayakan pada pagi lebaran nanti.

“Kita tampilkan lima jenis rekaan lima warna berbeza mengikut koleksi. Rekaan yang ditampilkan juga kontemporari moden dengan potongan baju kurung juga kaftan.

“Lebih menarik size sehingga 2XL dan harga di bawah RM250 sahaja,” katanya.

Lima rekaan busana Syawal kali ini ialah Thalia, Arisya, Dahlia, Iman dan Baiduri.

Tambahnya, satu lagi produk Talia ialah Glam V iaitu membantu mengurangkan berat badan dengan perisa terbaharu latte.

Dalam usaha menggalakan lebih ramai usahawan dalam kalangan wanita Thalia juga mengalu-alukan mereka yang berminat menceburkan diri dalam perniagaan untuk bersama dengan jenama itu.

“Sertai keluarga kami dan kami akan bimbing untuk kita sama-sama berjaya,” katanya yang mula aktif berniaga sejak 2018.

Kongsinya, jenama Talia juga sedang mengintai peluang untuk ke pasaran Indonesia dalam tahu ini menerusi produk Dolly Milk.

Beliau berkata, segalanya dalam perancangan dan akan diumumkan sebelum penghujung tahun ini.