Sunday, May 19, 2024

Masuk kedai emas Miragold terus ada nafsu wanita datang

MiraGold merupakan syarikat kedai emas 100 peratus milik bumiputera yang
diasaskan oleh pasangan suami isteri, Puan Nor Dhamirah binti Daling dan
Encik Mohd Zulatika bin Ghani. MiraGold mula beroperasi pada tahun 2018 di
Bandar Baru Uda dan beralih ke Taman Kota Masai, Pasir Gudang, Johor pada
tahun 2019. Kedai emas Miragold beroperasi setiap hari tanpa cuti, dari pukul
10 pagi hingga 9 malam.

MiraGold juga aktif dalam penjualan dalam talian dan live di sosial media
seperti Facebook, Tiktok dan Instagram dan mengambil kesempatan
sepenuhnya dari media sosial untuk mempromosikan produk mereka. Pelbagai
jenis rekaan ditawarkan dari kategori evergreen, moden dan juga unik
antaranya koleksi rekaan ibu dan anak iaitu set Clover full gold, set Clover
enamel, set Evergreen lipan dan set Oro Italia.

MiraGold turut menawarkan
pembelian barangan perhiasan emas secara dalam talian dengan jaminan
keselamatan penghantaran kepada pelanggan.


Bagi melebarkan empayar, MiraGold bakal membuka cawangan sulungnya di
Lembah Klang iaitu di Taman Melawati, Kuala Lumpur. Kedai Emas ini akan
mula beroperasi pada 8 Mac 2024. Sempena pembukaan, 100 pengunjung
terawal berpeluang menikmati promosi menarik antaranya cincin emas
berharga RM99, rantai tangan berharga RM399 dan juga goodie bag.

Menggunakan tagline ‘Pencetus Nafsu Sebenar Wanita’, Pengasasnya, Puan
Dhamirah Daling berharap agar jenama MiraGold menjadi kedai emas nombor
satu idaman wanita di Malaysia.